Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 19 Jun 2017

Ulasan Buku: Tinju dan Peluru


Saya membaca cerita Si Pengedar Muda dan Pugilis di internet sebelum dapat memegang buku ni.

Saya sebenarnya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi ketika mula menyelaknya.

Separuh pertama cerita dalam naskah ini boleh dikatakan sederhana baik, dari segi bahasanya lembut dan watak-wataknya yang seakan-akan nyata. Cerita-cerita ini membawa kita melawati negeri-negeri tempatan dan juga di sekitar asia tenggara dan gambaran tempat-tempat ini minimalis tetapi meyakinkan. Penulis tidak hanya bercerita tentang tempat tetapi tentang watak-watak yang dijumpai yang mempunyai identiti mereka tersendiri dan sudah tentunya bermacam ragam. Cerita yang bertajuk Vitamin Sea antara yang saya ingati selepas membaca padahal saya rasa gambarannya hanya minimalis tetapi impak penceritaannya membuat saya terkenang-kenang dan seakan terpanggil untuk merasai sendiri dan menikmati suasana pantai Parangtritis di Jogjakarta.

Seterusnya dua cerita yang bertajuk Atm dan Sultan & Wang saya kira cubaan penulis untuk menulis cerita yang lebih inventive daripada cerita-cerita yang sebelumnya. Saya kurang memahami Sultan & Wang tetapi di dalam cerita Atm seorang lelaki telah ditarik oleh sepasang tangan yang keluar dari mesin atm (maaf ya spoiler). Kedua cerita ini kontot sahaja dan penulis cuba bercakap tentang hakikat dalam sebuah kehidupan moden yang membelit manusia.

Cerita kegemaran saya dalam koleksi ini bertajuk Kesumat. Cerita ini merupakan satu tumbukan padu dalam koleksi ini kerana plotnya yang kuat dan menjadi. Daripada cerita-cerita sebelum ini kita dapat lihat penulis menumpukan kepada latar, watak dan dalam Kesumat pula ianya satu plot yang memuaskan dan sangat kena dengan tona ceritanya. Kesumat tidak lain dan tidak bukan tentang seorang anak yang membalas dendam atas kematian bapanya.

Adirimau sebuah cerita tentang vigilante dengan suasana Malaysia dan juga turut bercakap tentang hal gelandangan kota. Saya tak tahu kenapa tapi masih ada yang tidak cukup dengan cerita ini. Akan tetapi dalam hal sebuah cerita yang cuba menjadi diri sendiri, Adirimau telah berjaya. Ia mungkin diri saya yang kerap teringatkan atau cuba-cuba membandingkannya dengan cerita superhero yang lain, yang di kaca tv atau di layar lebar. 

Baiklah sebenarnya saya nampak kedua cerita ini, Kesumat dan Adirimau seakan ada potensi untuk diangkat ke kaca tv atau menjadi siri mini di laman penstriman berbayar. Ini kerana kedua cerita ini ada latar kota yang moden, ceritanya bertona gelap dan bertema jenayah, ada drama, mempunyai watak yang mempunyai konflik diri dan mempunyai aksi yang baik. Tidak dapat tidak saya teringatkan siri tv Daredevil (dan juga kebetulan di dalamnya juga ada The Punisher).

Seterusnya keempat cerita terakhir, kuat memancarkan tentang temujanji, cinta dan perhubungan. Terlena Di Rumah Kaca saya kira sebuah percubaan untuk cerita misteri. Cerita terakhir dalam koleksi ini agak lain daripada yang lain kerana pov penceritaan yang melompat-lompat tetapi ceritanya masih dapat difahami.

Yang saya dapat simpulkan dari koleksi ini ialah bahasa penulis yang lembut dan penyampaiannya tenang dan tak terburu-buru, senang sekali apabila dibacanya. Sebenarnya kebanyakan bahan bacaan saya ialah buku-buku indie dan apabila membaca buku ini saya agak terkejut dengan bahasanya yang lembut, puitis dan indah dalam masa yang sama.  Saya kira kebanyakan watak dalam cerita penulis digambarkan dengan sederhana dan inilah kekuatannya.

Satu lagi perkara yang mengganggu saya ialah tajuk buku ini. Tajuk buku ini menggambarkan isu-isu yang dibawa dalam buku ini, terutamanya ia diceritakan dari kaca mata seorang lelaki. Akan tetapi tajuk buku ini tidak menggambarkan kelembutan dan kepuitisan bahasa dalam buku ini dan saya kira itu adalah sesuatu yang merugikan. Pembaca dan masyarakat umumnya perlu tahu yang bahasa yang baik belum mati dalam penulisan tempatan dan ia juga tidak menyampaikan cerita-cerita yang mengantuk apabila dibaca.

Ahad, 21 Mei 2017

Ulasan Buku: Melayu dari Marikh

Yeay.

Mula-mula aku rasa buku ni macam boring. 

Cerita yang betul-betul pancing aku untuk membaca secara serius buku ni ialah Arnab dan Kura-kura. Cerpen ni mengisahkan tentang sengketa dua spesis ni yang kita tahu ada terdapat dalam cerita dongeng perlumbaan arnab dan kura-kura. Tapi untuk versi ni, cerita ni mengambil latar fantasi (bayangkan istana dalam cerita The Hobbit) dan juga kisah bagaimana dua spesis ni yang sedang berperang untuk mempertahankan kerajaan dan negara mereka. Kool jugak kan ideanya? Cerpen ni sedap baca sebab gaya penceritaannya yang taktikal dan terma militarinya yang tidak keterlaluan.

Seterusnya cerita yang juga tajuk buku ini, Melayu dari Marikh menceritakan pengembaraan tiga angkasawan yang mewakili kaum di Malaysia, dalam pencarian suatu ilmu dari seorang pendekar lagenda. Dalam pengembaraan itu mereka asyik bergaduh dengan sentimen perkauman dan akhirnya...hrmm malas la nak bagi spoiler. Korang baca sendirilah. Walaupun cerita ni nampak macam biasa tapi maksudnya sedap dan mendalam.

Seterusnya ialah Kunci Jerangkung. Cerpen ni menceritakan tentang seorang budak perempuan muda yang nak rebel dan nak cacah tatu dekat badan dia sebab dia nak jadi rebel dan kool. Kemudian dia telah ke kedai tatu untuk berbuat demikianlah kan. Selepas buat tatu tauke kedai ni bagi satu kunci pada dia, yang kononnya jika dimasukkan pada pintu yang betul kemudian pintu itu dibuka dunia di balik sana adalah seperti yang si pemegang kunci idamkan. Lebih kurang gitulah ceritanya. Endingnya aku tak faham sangat tapi aku tau cerita ni sebenarnya nak cakap tentang anak muda yang marahkan dunia sekelilingnya.

Hari-hari terakhir seorang superhero bagi aku cerita paling power dalam buku ni. Cerita ni membuatkan aku sedar apa yang membuatkan cerpen saifai tulisan penulis ini ialah pemaknaan di sebalik kisah yang diceritakan. Cerpen ni ialah kisah seorang superhero yang mempunyai kekuatan superhuman menyelamatkan kekasihnya yang ditangkap penjahat. Dan apa yang berlaku selepas itu bakal mengejutkan pembaca. Setelah bertarung dan membunuh konco-konco penjahat dan membunuh ketua penjahat kekasih superhero ni tanya, bila dia mengambil tindakan sebegitu apa beza dia dan penjahat itu? Haa amacam? Mesti korang pun dilema kan kalau kena tanya camni.

Aku dan robot anjing bernama marty ni agak cliche sikit dengan bancuhan latar pasca apokalips (ft. zombi) tetapi agak sayulah kisahnya dan disulam dengan tema kekeluargaan yang menjadi lah.

Cerpen izaq punya latar fantasi dan mitologi yang kuat dan diselang seli dengan kisah realisme yang punya tema famili juga ala-ala cerekarama tv3. Tak ada la banyak sangat yang tv3 tu tapi bolehlah.

Sepetang di kuala lumpur ni tak ada elemen saifai sebenarnya, mengisahkan tentang perbualan dua orang strangers tentang perkahwinan. Ada la kelakar sikit cerita dia.

Malam pertama dan @seramsial sebenarnya kisah seram yang agak jadi-jadian. Ceritanya biasa-biasa ja aku rasa.

Epilog-selamat hari jadi, sebuah cerita tentang koloni bawah tanah yang musnah struktur masyarakatnya akibat sifat manusia sendiri.

Prolog-sekapur sireh ialah perbualan dua orang pegawai tertinggi Nazi yang agak menarik juga dan aku rasa ok juga kalau nak dipanjangkan.

Ok itu saja lah komen aku dari segi ceritanya.

Dari segi teknikal pula aku kurang minat dengan font besar buku ni lepas tu rapat-rapat pula. Letih mata membacanya. Aku syak ini ialah teknik untuk menipiskan buku. Ye lah kalau kau tengok buku tebal-tebal pun kau malas nak baca kan.

Ok sebagai penggulungan, kalau kau malaysian atau kau peminat saifai atau scifi atau fiksyen sains, kau kena la dapatkan buku ni sebab terang-terang kot tajuk buku ni ada perkataan melayu dan marikh. Dan juga kau kena baca cerita-cerita best yang ada kat tengah buku ni.


Marty McFly: Hey, Doc, we better back up. We don't have enough road to get up to 88.

Dr. Emmett Brown: Roads? Where we're going, we don't need roads.

Swooosshhh...

Khamis, 30 Mac 2017

Ulasan Buku: Gagalis


Tidak syak lagi gambar ni ditangkap oleh seorang fotographer yang tak gagal. (guna sony xperia c)


Hikayat Amir Dan Zam – Mikael Sahaja 3.9/5 

Cerpen ni bercerita tentang dua orang sahabat yang loser dalam konteks percintaan. Seorang penakut dan seorang lagi terlebih yakin. Jalan cerita cerpen ni biasa saja, tapi penulis dapat menyampaikannya dengan dos kelakar yang dijamin akan menggeletek perut korang. Jadi, pergi baca cepat-cepat dekat sana.


Sesi Bertemu Raksasa Dalam Diri – Syahmi Fadzil 4.1/5 

Bila baca cerita ni aku asyik teringatkan tentang murakami, filem studio ghibli, ridhwan saidi dan seorang pencerita yang bercerita dengan keadaan yang sangat tenang dan bersahaja seperti di perpustakaan yang sunyi tapi kata-katanya thought provoking. Rasanya cerpen ni boleh kot masuk dalam cerpen terbaik tahunan. Kalau ko nak tahu macam mana sedap dia pergi, ko kena baca sendiri dan ko akan fikir macam mana brader ni tulis dengan bahasa yang ringkas tapi power?


Gagal Untuk Gagal – Injangnation 3/5 

Cerpen ni bagi aku bersifat anti-realiti maksudnya dalam dunia cerpen ni apa yang berlaku berlawanan dengan apa yang ada di realiti. Sebab tu sepanjang bacanya, ada sikit rasa weirdness semacam dan aku cakap, “Oh, what an opposite world.” Dalam cerpen ni, semua orang lebih prefer menjadi gagal dan mereka mengejar untuk gagal bukan untuk jadi berjaya. Premisnya menarik dan tulisannya ok saja dan cerpen ni suatu naskah yang menarik untuk dibaca.


Kecundang Perang – Hazalas Hamidon 4.5/5

Feh mantap beb cerita ni. Apa yang buat aku teruja ialah bahasanya yang berima maksudnya di hujung setiap ayat berbunyi sama macam pantun. Dari segi content mula-mula aku ingat ni cerita gaya klasik biasa yang macam boring ja tapi bila aku dapat detect nama watak yang digunakan baru aku perasan isu yang dibawakan relevan dengan situasi semasa. Penulis menyelindungkan kritikan sosialnya dalam plot cerita dan ianya berhasil. Perkataan yang tepat untuk menggambarkan cerpen ini ialah alegori. Cubalah baca sendiri dan tengok kau boleh teka atau tak cerita ni sebenarnya pasal apa. Cerpen ni aku baca akhir sekali sebab aku tengok cerpen ni macam panjang mula-mula dan bahasanya agak klasik. Mungkin macam boring. Ternyata aku salah.


Janji Temu Jamal- Dimadimana 2.8/5 

Cerpen ni boleh tahan kelakar tapi gaya kelakar tu diulang berkali-kali yang menyebabkannya jadi kurang efektif. Cerpen ni memang bergantung pada penulisan yang kelakar kerana jalan ceritanya biasa saja dan membuatkan aku terkenang akan komik satu muka lawak antarabangsa dalam majalah ujang/apo. Apa-apa pun ianya percubaan yang bagus dan simple.


Mereka Kata Aku Gagalis, Kerana Masih Menulis Bait-Bait Cinta Yang Kau Kalis – Syed Hafeez 2.2/5 

Kemain gempak tajuk yang ni. Tapi penulis ibarat nak bangun dari kerusi dan mengelilingi restoran tapi dia terlalu fokus nak cerita juga apa yang berlaku dekat atas meja. Aku rasa dia patut terbalikkan meja tu dan meja-meja lain juga dan berlari keluar restoran. Lagi satu ialah penggunaan ayat yang berulang. Sebenarnya sesebuah cerpen tu satu bentuk penyampaian yang pendek dan pembaca expect surprise dalam cerita. Pengunaan ayat English yang berulang juga menganggu cerita dan sebagai cadangan, ayat English guna dalam dialog dan bukan explanation. Lastly, ending cerita. Harap penulis dah tak buat ending macam ni lagi di masa depan. Sebenarnya content cerita memang cliche tahap kedai mamak, tapi kalau penulis bagi effort yang lebih, mungkin cerita akan lebih okay.


Adik – Shasharyzal 3.4/5 

Cerpen ni simple dan bahasanya juga mudah. Ideanya bagi aku mungkin bersifat personal. Aku menjangkakan akan ada twist di akhirnya namun nggak semudah itu, kata penulis. Penulis kekal dengan ideanya sehingga akhir cerita dan memberikan cerpen ini originalitinya tersendiri. Dan mungkin juga sebenarnya boleh dikatakan yang watak utamanya juga mempunyai masalah jiwa.


Intan Payung – Hilmi  Loma 3.7/5

Mengisahkan tentang hubungan seorang anak dan ibunya. Jalan cerita cerpen ni ok la tapi gaya penulisannya yang berjaya menyampaikan emosi yang sebenar. Aku dapat detect dua isi tentang kegagalan yang dibawakan penulis. Satu kegagalan seorang anak dalam kerjayanya dan kedua kegagalan seorang ibu membesarkan anaknya. Petik sikit ayat yang padu daripada cerpen ini: 

“Kalau mak sendiri yang redha apa yang Myr buat, apa hak Tuhan nak halang semua ini?”


Impian Orang Gagal – Melizah Akem 4/5

Sedap betul bahasa cerpen ni. Seolah aku sedang mendengar suara lembut seseorang yang sedang bercerita terus kepadaku. Aku juga rasa macam bahasa dalam cerpen ni berbunyi seperti naskah terjemahan, kemungkinan dari bahasa inggeris. Dan juga setiap ayatnya berbunyi puitis, sungguh lembut dan tenang. Ceritanya juga tidak terlalu mengawal pembaca atau terlalu didaktik, tetapi ia mengalir seperti anak sungai di dalam hutan. Cilakak, aku tulis reviu ni pun dah macam nak tulis puisi.


Zainuddin Abu Menghadiri Temuduga – Abdul Fattah 3.3/5

Cerpen ni punya dialog menggunakan loghat Nogori, yang mana aku rasa first time aku baca sebuah cerita yang menggunakan loghat tersebut dalam dialognya. Ini menjadikan cerita ni unik dan ada nilai tambah yang lebih. Ceritanya biasa saja bagi aku dan predictable. Tapi ada satu lawak yang berunsur kekampungan yang menjadi dan buat aku gelak. Seperti tajuknya, cerpen ni tentang seorang budak kampung di Nogori yang ke KL untuk temuduga kerja. Dan adakah dia berjaya temuduga itu atau ada sesuatu yang lain berlaku? Sama-sama kita saksikan.


Seorang Papan – Malyaghazali 2.3/5

Cerpen ni bagi aku meleret-leret dan ayat-ayatnya bernada flat maksudnya ia tidak menimbulkan rasa ingin tahu untuk mengetahui apa yang berlaku selepas itu. Satu lagi ialah point-point cerita dalam cerpen ni tidak membentuk sesuatu dan ianya seoalah-olah berterabur. Kekuatan cerpen ni ialah rincinya  tentang gaya hidup marhaen masa kini. Kemungkinannya, penulis masih keliru dengan idea dan suaranya di dalam cerita. Tetapi percubaannya harus dipuji dan diharap akan ada lagi karyanya di masa akan datang. 


Lelaki Bujang Yang Berbulan Madu Di Budapest – Anas Mohd 4.3/5

Enak betul tulisan brader ni. Mungkin cerita ni diletak akhir dalam buku ni sebab lepas baca aku rasa nyaman dan ibarat satu rasa yang melepaskan. Acewah. Kisah ni tentang kisah seorang brader yang pergi belajar ke luar negeri dan pengalamannya di sana. Aku suka cara tulisannya. Ayat-ayatnya jelas dan rileks. Penulis mengangkut kita ke dalam pengalamannya. Ya cerita ni menyamankan jadi bacalah.


//////////

Secara konklusi, buku ni menyajikan idea-idea tentang kegagalan iaitu dalam konteks cinta, kekeluargaan, kerjaya, perkahwinan, pembelajaran, kehidupan dan kemanusian. Isu-isu ini diterjemahkan ke dalam bentuk cerita yang santai dan seronok dijamah ibarat cikedis.

Dapatkan buku ini di sini.

Ahad, 25 September 2016

Ulasan Buku: Imagikata


Salam. Apa khabar semua pembaca? Harap sihat dan masih punya kesempatan untuk membaca.

Buku kali ini yang akan diulas ialah antologi cerpen Imagikata terbitan Penerbit X. Bagi yang tak tahu imagikata tu adalah gabungan perkataan imaginasi dan kata. Aku tak ingat di mana aku baca benda ni, tapi lebih kurang gitulah ideanya.

Ditangkap gambar di beranda rumah baru.


Daerah Sebalik Tembok – Arif Zulkifli 2.3/5 Bintang

Ok sebenarnya aku dapat maksud yang cerpen ni cuba sampaikan tapi aku rasa semacam tak kena sebab aku rasa cerita ni macam tergantung dan dah cukup had perkataan. Cerita ni kalau panjang lagi mungkin akan jadi lebih sedap macam cerita Batman v Superman: Dawn Of Justice versi keluar dekat wayang tak sedap sangat tapi versi Extended Ultimate Edition lagi ok. Then, cerita ni sememangnya satu pilihan tak kena bila dipilih untuk jadi pembuka buku antologi cerpen ni yang bertajuk Imagikata yang merupakan gabungan perkataan imaginasi dan kata tapi cerita pertama dalam buku ni hanya cerita pasal hero yang panjat pokok besar? Aku expect more kot bila dengar perkataan imaginasi jadi tajuk buku ni.


Kampung Surotai – Bahruddin Bekri  4/5 Bintang

Intro cerpen ni bermula dengan tenang dan smooth. Gaya bahasanya mudah tapi sedap. Cerita dan maksud yang disampaikan juga kedengaran logik dan sesuatu yang boleh berlaku. Idea cerita ni berjaya disampaikan dengan betul. Dan juga pembinaan suspen dalam cerita ni memang menjadi. Mula-mula aku meneka orang jahat dalam cerita ni mungkin alien tapi plot cerita ni lebih mudah daripada tu namun tetap menarik. Ending cerita ni sedap dan menyamankan.


Saka – Khairul Nizam Khairani 4.3/5 Bintang

Cerpen ni menarik. Bagaimana penulis menyampaikan ceritanya dengan bahasa mudah dan dialog yang ringkas tapi berkesan. Kekuatan cerpen ni aku rasa pada ideanya yang solid. Penulis bercerita tentang watak utama cerita ni yang mewarisi saka dan bagaimana ianya telah mempengaruhi kehidupan watak utama. Ending cerita ni sedih dan menginsafkan.


Siapa Manusia, Siapa Binatang? – Nor Azida Ishak 2.7/5 Bintang

Masa tengah baca separuh cerpen ni aku tertanya-tanya macam mana cerpen ni boleh ada dalam buku ni juga sebab plotnya rasa macam biasa saja. Tapi part ending cerpen ni yang membuatkan aku rasa macam ehh(?) sikit. Part ending yang men‘saifai’kan cerita ni aku rasa macam tak kuat sangat perkaitannya atau macam tak masuk untuk kuatkan plot cerita. Kalau tak ada part akhir ni, aku rasa cerita ni dah ok dah, dan boleh berdiri sendiri dibawah genre realisme. Aku dah okay dah dengan jalan cerita cerpen ni yang mengisahkan seorang budak sekolah perempuan yang diganggu seorang lelaki kutu jalan yang miang yang cuba nak ambil kesempatan. Penulis berjaya merakamkan rasa takut dan benci dan semangat untuk melawan daripada perspektif seorang budak sekolah perempuan. Aku kira ni adalah kekuatan cerita ni.


Berus Melakar Awan –Ted Mahsun 4/5 Bintang

Pertama sekali ialah perkataan wow untuk menggambarkan cerpen ni. Aku tak pernah baca cerpen saifai yang explain pasal something yang boleh dikatakan kompleks dengan bersahaja dan santai tapi tak mengelirukan dan yang paling penting  sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu. Brader yang tulis ni surely got some wicked skills. Latar cerpen ni mengambil tempat di Musytari. Namun penulis tak banyak sangat explain pasal planet, sistem solar, you know benda-benda pasal astronomi yang berat-berat gitu sebab kalau penulis buat gitu aku rasa cerita ni akan jadi tipikal sangat. Ibarat copy paste info dari wiki dan masukkan plot untuk dijadikan cerita. Apa yang aku dapati menarik ialah penulis menggambarkan secara details tentang perlombongan gas di Musytari. Aku tak pernah dengar pasal benda ni dan aku rasa macam wow this is something yang cool dan advance gitu. Ianya satu elemen saifai yang menarik. Kemudian benda ni digabungjalinkan dengan keinginan/kehendak watak utamanya yang nak jadi pelukis *spoiler alert!*. Gabungan dua benda ni aku rasa macam tak kena sangat dan what the... tapi  somehow ianya macam make sense. Sebuah syarikat gergasi yang mengambil kesempatan ke atas watak utama cerita ni aku rasa boleh dikategorikan sebagai satu elemen cyberpunk. Namun begitu bercakap tentang watak utama cerita ni, mungkin ianya lebih baik kalau penulis menambahbaik atau menghuraikan berkenaan dengan emosi dan perasaan watak utama dengan lebih lanjut. Ini aku rasa suatu kekurangan  cerpen ni kerana bagaimana kalau pembaca yang tak minat sangat/ tak teruja dengan elemen saifai dan susah untuk mereka cuba ‘connect’ dengan cerpen ni. Tapi kalau ada elemen emosional sikit atau menyentuh tentang perhubungan manusia dengan lebih ketara/seimbang dalam cerpen ni ianya mungkin lebih menyentuh hati. Sebab bagi aku dalam cerita saifai juga kita mencari atau ingin mengetahui bagaimana emosi dan perasaan watak dan perhubungan sesama manusia dalam situasi dunia masa depan. Adakah perhubungan manusia masih intim dan tradisional ataupun manusia sudah keliru dengan emosi mereka sendiri? Contoh yang paling mudah kita ambil dari filem Wall-E (2008). Di atas kapal angkasa Axiom, kita dapat lihat manusia hanya memandang skrin setiap masa dan teknologi telah mengawal hidup mereka sepenuhnya sehingga manusia ketika itu tak lagi berfikir tentang perasaan mereka sendiri.


Arca Kehidupan –Lokman Hakim 3.6/5 Bintang

Cerpen ni dibuka dengan sebuah dunia masa depan yang bersifat distopia dan sebahagian besar populasi manusia menikmati kehidupan melalui realiti maya ala The Matrix kerana keadaan persekitaran bumi pada waktu itu sudah teruk akibat daripada perbuatan manusia sendiri juga. Cerpen ni diceritakan melalui perspektif seorang saintis yang ditugaskan menjaga keberadaan manusia-manusia lain yang sedang menikmati realiti maya dan tidak pernah sekalipun benar-benar ‘hidup’. Sedikit sebanyak cerpen ini membawa emosi yang sama dengan cerpen pembuka antologi ini iaitu Daerah Sebalik Tembok yang juga turut menonjolkan kasih sayang seorang anak kepada ibunya dalam persekitaran dunia distopia. Akan tetapi dapatlah disimpulkan bahawa cerpen Arca Kehidupan ini lebih kemas penceritaannya dan emosinya lebih sampai. Bagi aku, kekuatan cerpen ni ialah penulisannya yang jujur sehingga dapat menjelaskan mesej yang cuba disampaikannya. Latar distopianya ditulis dengan kemas dan tidak mengelirukan dan cerita yang sebenarnya ingin disampaikan disebalik latar itu ialah kasih sayang seorang anak kepada ibunya.


Sinar Gallus – Ikmal Ahmad 3.6/5 Bintang

Lepas baca cerpen ni aku masih tak faham apa maksud tajuk cerpen ni. Cerpen ni bagi aku ialah sebuah gabungan cerita emosi dan pengetahuan am. Dalam cerpen ni menyentuh tentang ayam cucuk dan masalah fobia dengan ayam cucuk ni memang satu benda yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Ada yang aku pernah jumpa memang tak makan terus ayam di pasaran dan hanya makan ayam belaan sendiri atau ayam kampung sahaja. Aku nak ulas lebih lanjut pun tentang ayam cucuk ni aku tak mahir sangat sebenarnya tapi bagi aku benda ni memang berlaku. Ok balik kepada cerpen ni. Penulis menulis tentang ayam cucuk ni secara ringkas berkenaan kaedahnya dilakukan dan kesannya kepada manusia. Bagi aku cerita ni tak mempunyai premis yang kuat, tapi penulis telah menyampaikan sesuatu yang penting atau sekurang-kurangnya membuka satu perbincangan yang rasanya memang pembaca dapat kaitkan dengan diri mereka. Dan gaya penyampaian tu aku rasa ok la. Akan tetapi aku rasa tulisan dalam cerpen ni yang cuba menggambarkan emosi contohnya macam,

“Tenang sedikit fikiran Jamilah bagai dilepaskan daripada hempapan mesin hidraulik pada daya 1000 Newton.”

adalah suatu metafora yang berlebih-lebihan. Aku tak ada masalah untuk promote some science thingy dalam fiksyen tapi pendekatan macam ni nampak macam agak annoying la.


Pantomim – Fahmi Mustaffa 3/5 Bintang

Cerpen ni menceritakan tentang dunia masa depan yang dikuasai android dan kepupusan manusia. Ianya ditulis secara bergurindam(?) atau dialognya berbunyi seakan syair gitu, aku tak pasti ianya apa. Tapi bila dibaca dialog wataknya seakan mereka bercakap dengan ada lenggok dan ritma. Aku kira teknik penulisan begini menyeronokkan juga untuk dibaca dan dicuba. Menyentuh kepada content yang dibawa cerpen ni ianya menyentuh tentang ketamadunan, sikap manusia secara keseluruhannya, kemasyarakatan, dunia apokalips atau pasca apokalips. Apa yang disampaikan penulis jelas dan bermakna walau aku rasa macam penulisannya terlalu berkias, tapi kita dapat apa maksudya. Salah satu mesej yang disampaikan cerpen ni ialah perbalahan sesama manusia hanya akan membawa kesan buruk kepada manusia dan alam sekelilingnya juga. Aku kira cerpen ni agak menarik kerana teknik penulisannya. Tulisannya ala gurindam tetapi menyampaikan tema pasca apokalips yang aku rasa aku tak pernah jumpa lagi setakat ni. Satu percubaan yang menarik.


Dan Lukisan, Apabila Ia Bernyawa... – Masdalifadzlie M Saaid 4.6/5 Bintang

Fuh, aku tak tahu macam mana nak mula cakap pasal cerpen ni.  Ok bagi aku, genre cerpen ni ialah fantasi epik. Kenapa genre tu? Yang tu kalau nak tau, korang kena baca sendiri. Dalam cerita ni, ada perang dengan kuasa jahat dan ada heroin yang lemah lembut yang naik kuda bersayap. Apa yang lebih menarik pasal cerita ni ialah gaya bahasanya yang aku rasa oldskool habis dan ianya membantu penceritaan menjadi lebih menarik. Aksi dalam cerita ni menarik dan dialognya bagus. Masa permulaan cerita ni aku sebenarnya tak faham langsung apa yang penulis cuba sampaikan sebab dia guna perkataan-perkataan pelik yang aku tak pernah jumpa. Dan sebenarnya aku tak sangka akan ada orang tulis cerpen macam ni kat Malaysia (atau susah nak jumpa). Aku rasa tertampar masa baca cerpen ni. Ha ha. Power betul.  Harap cerpen ni dapat terpilih untuk Cerpen Terbaik 2016. Akhir kata, tahniah kepada penulisnya kerana berjaya menulis cerpen sebaik ini.


Bajak Hutan – Amir Husaini 2.7/5 Bintang

Cerpen ni ada idea bagi aku tapi rasanya kekurangan cerpen ni ialah ianya diedit dengan kurang kemas. Jika editingnya lebih ketat mungkin pembacaan akan jadi lebih sedap. Cerpen ni mengisahkan tentang sebuah hutan yang dijaga oleh seorang gadis misteri yang berkebolehan luar biasa. Tidak dinafikan bila membaca gambaran watak ini mengingatkan aku kepada watak Poison Ivy daripada kartun Batman. Namun begitu, penggunaan watak ini bagi aku adalah tidak keterlaluan dan merupakan satu idea yang baik yang membantu menyampaikan maksud cerita. Mungkin juga, jika cerita ini dipanjangkan sikit lagi dan dimasukkan lagi konflik yang lebih mencabar, cerpen ni akan lebih menyerlah.


Hari-Hari Hari Ini – Zaki Zainol 4.1/5 Bintang

Cerpen ni mula dengan pembinaan suspen seram ala cerita seram tapi selepas itu ianya bergerak keluar daripada genre seram ataupun maksud aku ianya melangkaui genre seram. Aku suka dengan pergerakan cerita ni, sangat smooth. Idea cerita ni boleh dikatakan cliche tapi apa yang menarik penulis telah membawa kita melihat dari satu perspektif yang baru terhadap idea cliche itu. Kalau kau betul peminat saifai kau baca tajuk cerpen ni kau dah boleh teka elemen apa yang mungkin ada dalam cerita ni. Bagi aku cerpen ni satu bacaan yang enjoi dan dari aku mula membaca secara duduk terus kepada berbaring so korang nilailah sendiri betapa enjoinya aku waktu tu. Ok macam cerita-cerita best lain, kalau aku review panjang-panjang pun tak jadi jugak sebab korang kena baca sendiri cerpen ni untuk ‘enjoi’.  Kalau cerpen-cerpen lain kau taknak baca dalam antologi ni pun tak apa tapi cerpen ni kau wajib baca.


Cincin – Shariman Ismadi Ismail 3.4/5 Bintang

Cerpen ni mempunyai motif dan maksud yang baik dan itu juga merupakan kekuatannya. Ceritanya mudah difahami dan straight to the point. Watak utama dalam cerita ni ialah dua orang budak lelaki dan ini menjadikan feel cerita ni seakan cerpen untuk kanak-kanak. Akan tetapi itu bukanlah suatu benda yang tak bagus sebab aku rasa bila aku baca cerita ni ianya memang sebuah cerpen bergenre saifai yang cocok untuk pembacaan kanak-kanak. Dalam kata lain, aku terkenangkan diriku sebagai kanak-kanak dulu selalu membaca bahan bacaan saifai kanak-kanak.  Walaupun cerita ni begitu ianya masih tetap dapat memberi kesedaran kepada pembaca tanpa mengira lapisan umur tentang betapa sifat tamak dan pentingkan diri manusia tu akhirnya akan membawa kepada keburukan baik secara individu ataupun masyarakat.


Arcee –Asyiqin Azra’ai  2.6/5 Bintang

Membaca cerpen ni buat aku rasa macam baca mashup fan fiction antara sejarah asal usul Superman dengan berlatarkan dunia Star Wars. Bagi aku lagi, motif cerpen ni tak begitu kuat. Cerpen ni mengisahkan seorang budak lelaki yang mencari ibu bapa kandungnya merentasi galaksi dan planet-planet. Akan tetapi aku tiada masalah dengan penulisan cerita ni kerana ianya guna bahasa mudah dan straight to the point. Mungkin penulis boleh baiki lagi pasal stop mark/ stop point (?) aku tak tahu benda tu panggil apa. Maksud aku dari satu scene ke satu scene tu kadang-kadang aku keliru, adakah cerita ni dalam scene ni atau dah bercakap pasal scene lain? Lebih mudah kalau penulis letak tanda cerita dah berhenti dan tukar ke scene lain. Benda ni juga berkaitan dengan flashback. Flashback boleh ditulis dengan lebih kemas agar tak mengelirukan pembaca. Selain itu, aku juga rasa cerpen ni lebih kurang cerpen Cincin sifatnya iaitu membawa gaya keanak-anakan. Aku tak tahu sama ada aku terbawa-bawa benda ni, tapi kebanyakan cerita saifai dekat Malaysia ni secara umumnya aku rasa begitu. Aku harap itu hanya perasaan aku.


Chiemiera 2.0 – Damd Ahmad 3.1/5 Bintang

Sebenarnya aku suka idea yang dibawakan cerpen ni. Aku rasa ianya cool. Gambaran sebuah masa hadapan yang cool dengan details tentang teknologi-teknologi baru dan canggih dan asing yang ada di masa hadapan. Sebenarnya details atau perincian inilah yang membantu sebuah penceritaan kisah sains fiksyen menjadi menarik. Sebuah gambaran dunia yang lebih maju. Contohnya bila kita tonton filem Minority Report (2002), apa yang buat kita kagum ialah suasana masa depan dengan keretanya, jalan rayanya, rumahnya dan yang lain-lain lagi. Dan macam filem tu juga cerpen ni mengisahkan tentang kejadian jenayah di masa depan dan polis yang menyiasatnya. Penulisan cerpen ni pada awalnya memang memberi kesan suspen pada pembacaan. Dan idea dalam cerpen ni memang menarik iaitu tentang suatu yang bersifat digital atau software ataupun suatu siri kod program yang dapat menjelma ke dalam tubuh fizikal mengingatkan aku kepada filem-filem seperti  Tron:Legacy (2010), Transcendence (2014) dan pertukaran J.A.R.V.I.S. kepada Vision dalam Avengers: Age of Ultron (2015). Namun ending cerpen ni aku rasa terlalu mudah dan mendatar. Mungkin jikalau penulis boleh memanjangkan lagi kisah ni ataupun menyambungnya lagi kedengaran seperti suatu idea yang menarik.


Alegori Cycad – Sayidah Mu’izzah 3/5 Bintang

Bahasa dalam cerpen ni baik. Bagaimana penulis gambarkan pergerakan watak sangat matang penulisannya. Cerpen ni mengisahkan seorang perempuan yang ingin mencari jodoh dengan cara yang—aku tak faham sebenarnya apa perkaitan situasi yang sedang mereka hadapi dengan tujuan mencari jodoh. Situasi dalam cerpen ialah dua orang watak utama cerita baru lepas kemalangan kereta dan ada satu bebola(?) yang dapat mengesan jodoh yang baik untuk salah seorang watak utama cerpen ni iaitu seorang perempuan yang bernama Ella. Idea-idea dalam cerpen ni ok dan yang penting cerpen ni ada imaginasi dan dapat menggambarkannya dengan baik. Namun begitu aku rasa ada semacam sesuatu yang tak dapat menyatukan semua idea-idea dalam cerpen ni dan tindakan watak untuk mencapai matlamat dalam cerpen ni jadi kabur. Cerpen ni berakhir dengan bijak dan juga kelakar.


Misi 3077 – Amli Ghazali 2.4/5 Bintang

Cerpen ni ada idea walaupun idea tu cliche. Tapi cerpen ni kaku dan terlalu mendatar. Bagi aku, apa yang cerpen ni perlukan ialah konflik dan emosi yang disampaikan dengan lebih kemas supaya ianya berkesan dan meyakinkan. Dalam cerpen ni latar masanya ialah planet Bumi pada masa hadapan yang mempunyai pelbagai masalah yang berlaku dan menyebabkan manusia terpaksa mencari planet alternatif untuk hidup. Watak utamanya ialah seorang saintis dan pengembara yang telah mengetuai misi untuk mempersiapkan planet baru supaya boleh didiami manusia. Cerpen ni jadi boring kerana penyampaiannya lebih kepada memberitahu aka telling dan tidak lebih kepada menunjuk aka showing. Apabila penulis bercerita dan bercerita tentang ideanya, pembaca akan faham tetapi kalau penceritaan itu panjang dan berterusan ianya akan jadi boring. Mungkin bagi pembaca kanak-kanak cerpen ini akan tampil menarik kerana memang ianya menyampaikan satu idea yang menarik iaitu sebuah planet baru untuk manusia diami. Namun untuk lapisan umur lain cerpen ni mungkin kurang berkesan penyampaiannya dan boleh dianggap ceritanya kaku. Apa-apa pun ianya satu percubaan yang menarik.

#####

Ok berikut merupakan tiga cerpen yang terbaik dan yang kurang terbaik mengikut pilihan peribadi aku tanpa mengikut berapa bintang yang cerpen tu dapat.

3 Cerpen Terbaik

1. Dan Lukisan, Apabila Ia Bernyawa...
2. Berus Melakar Awan
3. Saka

3 Cerpen Kurang Terbaik

1. Misi 3077
2. Arcee
3. Daerah Sebalik Tembok


Ok. Sebagai konklusi, idea keseluruhan buku ini satu percubaan yang menarik. Melalui buku ni kita dapat lihat sebahagian kecil idea dan gaya cerpen moden masa kini di bawah payung genre saifai dan fantasi di Malaysia. Kita boleh nilai level mana cerpen kita bila bercakap tentang cerpen yang memfokuskan idea atau imaginasi sebagai isi cerita. Idea dan imaginasi ni maksud aku ialah sesuatu yang baru dan unik yang jarang difikirkan. Kalau nak diikutkan memanglah semua cerpen atau cereka ditulis berdasarkan imaginasi. Tetapi dalam konteks ni ianya sesuatu yang lain daripada yang lain ataupun luarbiasa gitu. Oh, tak lupa juga aku suka kertas yang digunakan buku ni. Sangat lembut dan licin gitu.

Selain tu, benda yang agak tak kena bagi aku ialah cerpen pembuka untuk antologi ni. Lepas baca cerpen ni, aku rasa mood pembacaan terganggu. Sepatutnya cerpen pembukaan ni kena letak yang power-power sikit. Barulah umph nak melancarkan bacaan dan juga sebagai first impression. Secara keseluruhannya cerpen yang betul-betul power dalam ni ada sikit sangat. Cerpen yang lain-lain kebanyakannya memang kurang mengancam sama ada dari segi idea atau penulisannya. Tetapi kebanyakannya penulisan okay. Ada yang penulisannya okay, tapi idea mengelirukan atau tak dapat nak sampaikan dengan baik atau ideanya memang biasa-biasa saja.

Harap kalau ada lagi buku macam ni lepas ni, banyak cerpen-cerpen yang beridea segar dan yang kita tak pernah tengok/baca di Malaysia mahupun di dunia. Maksud aku idea yang lain daripada yang lain dan yang menguji imaginasi pembaca.

Baiklah sebelum aku lupa, kebetulan semasa post ini ditulis, Penerbit X sedang buat pencarian cerpen untuk Imagikata II. Tarikh tutup pada 5/10/2016. Masih sempat lagi ni nak tulis. Klik sini atau sini untuk maklumat lanjut.

Akhir kata, kepada yang menulis teruskan menulis cerita yang lebih bagus dan kepada yang membaca teruskan membaca dengan lebih banyak.

Hasta luego, gais! <=== pengaruh Narcos



Sabtu, 6 Ogos 2016

Ulasan Buku: Cerpen Hari Jumaat Vol. 1

Salam semua! Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua kipas-susah-mati dan kipas-rangka-keras blog ini! Dengan ucapan, kuih raya dekat dalam balang dah habis?

Ok la. Buku kali ni ialah antologi Cerpen Hari Jumaat daripada Buku Fixi. Cerpen-cerpen dalam ni semua telah diterbitkan dalam Wattpad dulu setiap satunya pada setiap pagi Jumaat hence namanya cerpen hari Jumaat. Cerpen-cerpen dalam ni juga ditulis oleh penulis yang pernah menerbitkan novel dengan Fixi menjadikannya koleksi wajib kaki Buku Fixi ataupun juga yang baru nak mengenali mereka.

Sebenarnya aku ada baca juga cerpen-cerpen ni dekat wattpad tu tapi bukan semua lah. Sebabnya aku rasa tak feel bila baca dekat laptop ataupun henfon ni. Kena baca atas buku juga baru boleh feeling-feeling sikit. Lagipun, asyik sakit mata ngan pening kepala kalau baca panjang-panjang dekat skrin ni.

Tu dia.

Mandi Sungai –Ridhwan Saidi 4.3/5 Bintang

Kalau difikirkan balik, masa kecil dulu kita selalu baca buku cerita sekumpulan detektif remaja seramai lima orang yang pergi bercuti naik basikal kemudian terjumpa satu misteri misalnya di gunung atau di pulau tempat mereka bercuti. Cerpen ini mengingatkan aku tentang nostalgia itu. Cerpen ini juga seakan memberi homage kepada cerita detektif remaja itu, kartun animasi Lat The Kampung Boy dan mungkin novel sastera lama yang kebanyakannya berlatarkan desa yang permai tetapi di tangan penulis ini, ianya diceritakan dalam keadaan ‘high’. Cerpen ni juga mungkin akan mengingatkan kita kepada pengalaman semasa muda, dari duduk rumah bosan kemudian suatu hari keluar lepak dengan member-member pergi jalan-jalan dekat mana-mana, buat perangai gila-gila dan advencer tu berlaku dengan sangat pantas dan semuanya seakan berlaku di bawah satu nafas, macam cerpen ni.


Kejam – Anuar Shah 3.8/5 Bintang

Cerpen ni dipenuhi unsur aksi yang intense kena dengan tajuknya dan membawa satu statement yang padu. Menceritakan tentang ‘aku’, kaki panas baran yang suka membelasah orang hanya kerana perkara yang remeh. ‘Aku’ seringkali membelasah orang dengan kejam, dengan sasaran utamanya ialah muka mangsa dan dia tidak memilih mangsanya atau menghiraukan siapa mereka. ‘Aku’ juga seringkali terlepas dengan tindakanya yang kejam itu dan ini digambarkan dengan ayat berikut.

   “Aku tahu aku telah diambil gambar dengan telefon pintar dan mungkin ada yang mengambil video aku membelasah brader sado itu. Benar sangkaan aku apabila beberapa jam selepas itu satu video ‘Brader Sado Kena Belasah Dalam Starbucks’ menjadi viral. Aku tak ambil pot dengan video atau gambar-gambar yang tersebar itu kerana semua itu aku akan selesaikan kemudian. Sehingga kini aku tidak pernah disiasat oleh polis kerana kejadian itu. Terima kasih kepada Ibu aku yang memain peranan.”


Nasi Lemak Sambal Sotong – Syaihan Syafiq 3.5/5 Bintang

Cerpen ni tipikal cerpen yang kita boleh jumpa dalam majalah hiburan wanita rasanya. Apa yang aku suka dalam ni ialah pembinaan suspens dalam cerita ni menjadi. Kita tertanya-tanya siapa perempuan yang pakai rayban yang selalu datang beli nasi lemak dekat gerai watak utama cerpen ni? Walaupun dalam tempoh yang singkat pembinaan suspens tu berkesan. Cerpen ni kalau dipanjangkan lagi ok kot. Tapi mungkin penulis nak selamat supaya cerita tak melalut pada pendapat aku. Anyway cerpen ni ok and has a good premise.


Empat Dara - Shaz Johar  3/5 Bintang

Cerpen ni ringkas dan diceritakan dengan bersahaja. Aku cuba meneka ending cerpen ni ketika membacanya, namun tekaan aku tidak mengena. Nampaknya Shaz Johar letak twist yang lebih ke depan daripada tekaan aku. Apa-apa pun satu cerpen yang menarik dan aku enjoy menghabiskannya.


Ringgit Ke Neraka –Lokman Hakim 3.2/5 Bintang

Berbanding cerpen satu lagi daripada penulis yang sama dalam buku ini, cerpen ni boleh dikatakan imaginasinya sedikit bertenang dan jalan ceritanya make sense. Cerpen ini dianyam dengan metafora tentang dunia yang gilakan wang dan juga manusia yang gilakan wang sehingga mengabaikan nilai-nilai kehidupan sebenar yang lebih penting. Ianya bacaan yang mudah, santai dan mesejnya sampai. Tiada guna dalam hidup hanya mengejar kekayaan tetapi seringkali terlepas nikmat yang di depan mata.


Undur – Syahmi Hafizuddin 3/5 Bintang

Cerpen ni membawa tema sedih, cinta dan usaha seorang budak lelaki untuk move on daripada kisah lalu. Cerpen ni ditulis dengan baik dan sedap dibaca. *spoiler alert* Part naik motor untuk undur ke masa lalu tu memang kelakar bagi aku. Tapi jangan risau, sebab lepas tu ada plot twist yang tak terlalu mencuba tapi menjadi la. Bagi aku tajuk cerpen ni sepatutnya letak, ‘Ema’ baru sedap sikit dan lebih mengena dan menangkap.


Meredith –Neesa Jamal 4.3/5 Bintang

Cerpen ni sangat baik tulisannya dan mudah difahami. Cara cerpen ni disampaikan menunjukkan kematangan atau pengalaman penulis menguasai penulisan cerpen. Cerpen ni menyampaikan cerita tentang kesunyian, kesedihan, kasih sayang dan perhubungan sesama manusia. Nak cerita lebih-lebih pun aku malas sebab cerpen sedap macam ni korang kena baca sendiri, baru feel. Part yang paling penting dalam cerpen ni ialah epilognya sebab jarang aku jumpa cerpen yang letak epilog seketul kat belakang yang semacam luahan hati atau menceritakan secara terus maksud sebenar yang cuba disampaikan cerpen ni.


Tali – Syafiq Aizat 4.3/5 Bintang

Aku suka gaya tulisan dalam cerpen ni bersahaja dan jelas. Dan cerpen ni ditulis dalam bentuk fragmen ataupun pecahan-pecahan yang berkait. Penulis berjaya menyampaikan emotional punch yang berkesan dalam waktu yang singkat. Aku syak cerpen ni akan dipilih masuk dalam Cerpen Terbaik 2016 nanti. Mesej yang nak disampaikan dalam cerpen ini jelas dan itu adalah kekuatan untuk cerpen ini.


Roti Dari Syurga – Hanani Natasya 2/5 Bintang

Cerpen ni simple gila dan very straightforward. Ayat-ayat yang digunakan dalam ni aku rasa masih kurang masak dan boleh diimprove atau dipolishkan lagi. Apa-apa pun cerita ni ada idea dan bacaan untuk cerpen ni mudah dihabiskan. Aku rasa cerpen ni very kids friendly la sebab ceritanya mudah difahami. Harap lepas ni penulis boleh tulis sesuatu yang lebih padu. Ok sebenarnya cerpen ni mudah sangat aku rasa dan tak ada konflik sangat. Mendatar. Idea tu dah ada. Mungkin cara penyampaian boleh lebih padu.


Empat Jumaat – Regina Ibrahim 3.8/5 Bintang

Cerita ni sedap tapi aku tak dapat sangat ending dia. Adakah Rozie akhirnya pulang semula ke pangkuan keluarga asal dia? Yang ni aku tak jelas. Ataupun Rozie hanya bermimpi sepanjang cerita ni memandangkan dia tidur sebab sakit? Apa-apa pun cerita ni ok dan sedap.


Stew Daging – Fahmi Mustaffa 3/5 Bintang

Ending cerpen ni agak rushing. Yang lain-lain ok. Cerpen yang enjoi. Aku suka macam mana dialog memasak diselang-seli dengan backstory.


Syarikat –Ariff Adly 4/5 Bintang

Lepas habis baca cerpen ni, aku rasakan satu sensasi pelik dalam diri. Pelik kerana aku rasa idea cerita ni memang  pelik dan aku rasa aku dapat menghadam imaginasi penulis. Ok sebenarnya teknik penyampaian masa intro cerpen ni amat baik iaitu secara part by part ataupun babak demi babak yang tak bersambung sangat. Cerita jadi mudah difahami. Teknik ni digunakan sampai habis, tapi kita dapat lihat ketara semasa permulaan sebab masuk tengah dan hujung cerpen banyak benda perlu dirungkaikan menyebabkan babak-babak tu jadi panjang dan ini membawa kepada teknik atau ciri kedua dalam cerpen ni iaitu perincian.

Dalam cerpen ni perincian tu terlalu mendalam menjadikan cerpen ni yang paling panjang(aku rasa tapi aku tak kira pun) dalam antologi ni. Aku syak ini mungkin gaya penulis ataupun penulis tak boleh move on daripada gaya penulisan novel dan benda ini telah diserap ke dalam cerpen ini. Aku rasa banyak ja ayat yang boleh potong atau scene yang tak perlu pun yang boleh menjadikan cerpen ni padu. Dan juga backstory apa semua memang panjang masa awal cerita.

Ok seterusnya pula ialah hasil daripada perincian yang mendalam ni sebenarnya membawa efek positif juga iaitu imaginasi penulis tu dapat disampaikan dengan padu dan berkesan. Setiap yang berlaku tu kita dapat bayangkan dengan jelas la kiranya. Tapi juga aku nak tekankan di sini ialah ini ialah cerpen dan mungkin imaginasi tu bagus tapi untuk cerpen, bagi aku, ia perlu disampaikan dengan mudah, bukan dengan lebih panjang. Memetik kat-kata Kurt Vonnegut,

   ‘Give your readers as much information as possible. To hell with suspense. Readers should have such complete understanding of what is going on, where and why, that they could finish the story themselves, should cockroaches eat the last few pages.’

Ok apa-apa pun cerpen ni dibuka dan ditutup dengan baik namun aku sebenarnya tak kisah pun kalau cerpen ni tidak ditutup dengan baik @ dibiarkan tergantung sebab aku dah suka dengan idea/imaginasi yang dibawakan tapi syukur penulis masih rajin nak kasi ending cantik dan sesuai dengan tajuknya. Apa-pun lagi cerpen ini memberikan rasa yang weird lepas membacanya dan ini merupakan cerpen terakhir aku pilih untuk baca dalam antologi ni disebabkan oleh kepanjangannya.


Pilihan – Saat Omar 4.3/5 Bintang

Cerpen ni ada prinsip dan ada soul. Ia membuatkan aku berfikir. Ianya tentang pilihan. Adakah pilihan yang kita buat dalam hidup selalu betul dan macam mana pilihan tu turut mempengaruhi orang di sekeliling kita. Adakah pilihan yang kita pilih tu lebih baik daripada yang kita tak pilih? Cerpen ini membuatkan kita berfikir balik tentang pilihan yang kita buat dalam hidup kita. Aku syak cerpen ni pun boleh/akan terpilih untuk Cerpen Terbaik 2016. Dan yang tu bergantung pada pilihan editor yang telah dilantik.

P/s: cerpen ni sesuai dijadikan filpen


Debu – Faizal Sulaiman 2.3/5 Bintang

Aku rasa cerpen ni agak boring tapi ditulis dengan baik. Penulis cuba mengaitkan dua subjek yang berbeza iaitu debu dan perhubungan manusia, dan aku rasa ianya tak menjadi. Cerpen ni aku rasa seperti cerpen-cerpen yang dapat kita baca di akhbar arus perdana.


Aku, Komuter & Kereta Sapu – Aiman Hazziq 3.5/5 Bintang

Cerpen ni penulisannya bagus tapi ceritanya predictable. Susunan jalan ceritanya juga membantu penceritaan. Kalau diceritakan dengan lebih detail bahagian ‘ritual’ tu mungkin cerita akan jadi lebih sedap. Ni sebuah cerita tentang sekumpulan remaja yang melakukan ritual memanggil hantu dan apa yang terjadi kepada watak utamanya selepas itu.


CIKDAM (Cinta Itu Ketawa dan Air Mata) – Hasrul Rizwan 3.2/5 Bintang

Kalau anda sudah banyak kali membaca tulisan karya HR mungkin akan perasan bagaimana kekuatan tulisan HR adalah bagaimana cara penulis menggambarkan atau elaborate tentang sesuatu scene, watak atau backstory. Cerpen ini dimulakan dengan gambaran secara details apa yang sedang dibuat watak. Ianya bagus tapi lama kelamaan bagi aku ianya menjadi boring. Cerpen ni adalah berdasarkan kes culik yang pernah viral dahulu di Malaysia dengan twist penulis sendiri sebagai ending. Bagi aku ending cerpen ni terburu-buru dan mungkin penulis boleh buat lebih baik lagi dengan suntikan idea yang lebih segar dan original.


Resipi Kehidupan – Ikmal Ahmad 4/5 Bintang

Cerpen ni walaupun tak mempunyai depth yang dalam, tapi aku rasa cerpen ni jujur dan disampaikan dengan baik. Aku rasa enjoi baca cerpen ni dan pembacaan smooth. Cara dialog watak utamanya ditulis aku rasa kelakar sebab dia cakap macam orang skema. Aku dapat apa yang cerpen ni cuba beritahu kita iaitu kita kena buat benda yang kita suka baru boleh gembira. Aku tak tahu la sama ada ni berdasarkan pengalaman sebenar penulis atau sapa-sapa tapi cerita ni jujur dan sedap.


Menanti – Regina Ibrahim 4.5/5 Bintang

Cerpen ni 5 muka surat saja tapi dari awal cerita lagi kita dah boleh rasa vibes yang dibawakan iaitu pasrah. Cerita ni tak sedih bagi aku tapi disampaikan dalam bentuk keluhan dan ianya berkesan dan dapat dirasakan genuine atau asli. Sampai di tengah cerita aku rasa emosi betul bila baca sebab emosi yang dibawa dalam ayat-ayat cerpen ni sampai menusuk betul. Izinkan aku petik part yang aku suka dalam cerpen ni yang berbunyi,

   “Kasar sungguh hidup ini, betullah kata ayah kau dulu-dulu, manusia kadang-kadang pelik. Ada waktu mereka baik macam malaikat, kalau tidak kena hari bulan, mereka boleh jerkah kita balik.”

Cerpen ni membuktikan bahawa cerpen dapat menyampaikan emosi yang padu dalam masa yang singkat dengan penceritaan yang menggunakan ayat-ayat yang straight to the point tanpa berkias-kias dan juga dalam masa yang sama mempunyai twist yang menarik dan mengena.


Jumaat – Saat Omar 3.9/5 Bintang

Cerpen ni sebenarnya aku rasa adalah cerpen yang paling menepati tema antologi hari Jumaat ni daripada seluruh cerpen yang ada dalam antologi hari jumaat volume 1 ni dan juga secara kebetulannya(?) menepati gaya rumah penerbitan Buku Fixi. Ok kenapa aku kata ianya menepati gaya rumah penerbitan Buku Fixi ialah kerana cerita ni bermula dengan menceritakan kehidupan seorang lelaki yang normal, kemudian dilanda penyakit lupa ingatan (tipikal?) di mana dia ingat setiap hari ialah hari Jumaat dan kemudiannya ada twist moden dan diakhiri dengan ending cliffhanger(?) iaitu the best kind of ending(hahaha). Memang tiada novel Fixi yang spesifik yang pakai plot gini tapi boleh dikatakan formula begini yang kita nampak menepati ciri-ciri sebuah nukilan naratif pulp yang selesa. Dan berbalik kepada tema antologi ni pula iaitu hari Jumaat, apa sangat kita sebagai Malaysian ingat pasal hari Jumaat kan? Hari Jumaat bagi aku ialah hari yang paling tenang dan untuk berlibur sendirian dengan famili tetapi ni juga bergantung di negeri mana kita duduk dalam Malaysia. Cerpen ni tidak syak lagi ‘cerpen yang paling hari Jumaat’ dalam antologi volume 1 ni.


Raksasa Itu Dimakan Manusia – Lokman Hakim 2.8/5 Bintang

Cerita ini ada imaginasi yang bagus, kuat dan wild. Maksudnya penulis ada imaginasi dan dapat menyampaikan benda tu melalui cerita ni. Akan tetapi aku rasa imaginasi tu terlalu keterlaluan atau heavy dan mempengaruhi cerpen ni dari mula sampai habis. Sepertinya cerita ni sebenarnya tak ada matlamat ataupun statement cerpen ni lemah kerana cerita ni terlalu menurut sangat dengan imaginasi itu. Sepatutnya bagi aku imaginasi itu sebenarnya jalan cerita yang menuju ke maksud/statement/mesej cerita  kerana di setiap pengakhiran cerita nilah letaknya benda ni (maksud/statement/mesej cerita). Melainkan cerita ni memang dimaksudkan untuk jadi sebuah eksperimental tapi aku lebih nampak ianya bukan, dan ianya ada metafora yang cuba disampaikan tetapi ianya kabur dengan imaginasi yang keterlaluan dalam cerita ni. Mungkin kalau penulis ambil lebih banyak masa untuk edit dan rewrite cerpen ni akan lebih berkesan.


River Kwai –Shaz Johar 3.8/5 Bintang

Cerpen ni agak mengelirukan sikit tapi dalam masa yang sama aku sedar ini berlaku kerana ianya ditulis sebegitu supaya ianya jadi challenging sikit daripada biasa. Aku suka premis cerita ni. Ianya baik. Aku start keliru dari mula cerita, tapi masuk tengah sikit dah ok. *spoiler alert!!!* Apa yang aku faham ialah watak utamanya mungkin seorang perempuan(?) dan bekerja menjaga Mak Lia di Bangkok. Kemudian Mak Lia nak ke River Kwai tu (tapi taknak bagitahu suaminya) sebab nak pulangkan cincin pada kekasihnya yang ke River Kwai tu sejak zaman Jepun. Tapi watak utama inform jugak ke suaminya dan suaminya marah lalu bawa mereka balik ke Malaysia. Kemudian Mak Lia bunuh diri di Malaysia. Kemudian dalam cerpen ni, dari mula  lagi diceritakan perjalanan watak utama dan kerusi roda kosong ke River Kwai untuk membuang cincin tu ke dalam sungai.


Tivi Misteri –Hani Suraya 3.6/5 Bintang

Suatu cerpen yang ringkas, bacaan santai tetapi ditulis dengan idea yang clever. Aku suka bagaimana penulis describe apa yang berlaku dan cara cerita ni disampaikan. Gaya penyampaiannya nampak matang walaupun ceritanya mudah. Satu bacaan yang enjoi.


Awek Tudung Kereta Biru –Anuar Shah 4.2/5 Bintang

Cerpen ni fun, menghiburkan dan ada suspen sikit. Ideanya simple tapi still dapat menghiburkan dan ada ending yang ok. Cerpen ni ditulis dengan pemerhatian yang teliti (mungkin daripada pengalaman sebenar) dan ada pandangan penulis menjadikannya cerpen yang serba lengkap. Sebuah bacaan yang enjoi bagi aku.


Petang Tanpa Pedoman – Mim Jamil 3.1/5 Bintang

Seperti tajuknya, cerita ni memang tak membawa pedoman. Cerpen mengisahkan seorang mamat yang bercakap pasal perasaannya dan strateginya semasa ke bazaar Ramadhan. Sebagai seorang yang kaki bazram juga, aku memahami taktiknya dan analisisnya itu aku kira sebagai logik mudah untuk seorang jejaka Malaysia. Cerita ni hampir tak membawa apa-apa idea namun cara tulisannya tak teruk. Ceritanya pendek saja dan penulis tak membawa apa-apa idea untuk disampaikan (sebenarnya idea tu ada tapi mungkin aku anggap idea yang dibawa tidak begitu mustahak). Mungkin cerita ni ditulis ketika lapar dan untuk mengelakkan membuat terlalu banyak kesilapan atau cerita jadi mengarut penulis mematikan cerita begitu sahaja.


Cinta Di Medan Perang –Adib Zaini 4.3/5 Bintang

Cerpen ni lancar sahaja jalan ceritanya. Cerita pasal di medan perang dan banyak aksi tembak-menembak dan lasak. Suatu bacaan yang feel good. Daripada mula sampai habis cerpen ni menggambarakn secara serius apa yang berlaku di medan perang tu namun ianya disampaikan dengan menarik dan tak boring. Penulis berjaya membawa kita ke dalam jerat yang dia dah sediakan dari awal lagi.


Syarat –Faizal Sulaiman 3.6/5 Bintang

Cerpen ni mempunyai premis tipikal filem seram di Malaysian namun berjaya disampaikan dengan baik. Sepangjang pembacaan aku berharap endingnya ada plot twist yang kelakar namun ianya tidak begitu. Cerita ni best sebab feel seram dia sampai.


###


Fuh, panjang jugak review ni. Ok sebagai penutup, macam biasa, disebabkan banyak sangat cerpen dalam ni, kali ni aku pilih 5 yang terbaik dan 5 yang kurang terbaik. Pilihan ni sebenarnya tak ikut pun rating yang aku bagi untuk setiap cerpen. Just pilihan personal yang aku suka dan kurang suka dalam buku ni.

5 Cerpen Terbaik

1. Menanti
2. Pilihan
3. Kejam
4. Meredith
5. Syarat

5 Cerpen Kurang Terbaik

1. Roti Dari Syurga
2. Debu
3. Petang Tanpa Pedoman
4. Raksasa Itu Dimakan Manusia
5. Stew Daging


Sebagai konklusi, buku ni berbaloi untuk dicuba kalau anda seorang peminat cerpen sebab buku ni mempamerkan cerpen moden dan urban daripada yang bagus kepada yang kurang bagus. Sebagai sebuah antologi, Cerpen Hari Jumaat menyerlahkan bahawa ada yang kisah yang dapat disampaikan dengan bagus dan memberi makna dalam masa yang singkat. Buku ini hampir berjaya membuktikan apa yang sebuah antologi cerpen yang baik perlukan.

Harap lepas ini kita dapat lihat pula cerpen Bahasa Melayu daripada nama-nama seperti Rozlan Mohd Noor, Inawza Yusof, Saifullizan Tahir, Raja Faisal, Hadi M. Nor, Tunku Halim dan beberapa lagi yang lain untuk volume-volume yang akan datang.

Untuk membeli buku ini klik pautan di bawah:

Akhir kata, kepada yang menulis teruskan menulis cerita yang lebih bagus dan kepada yang membaca teruskan membaca dengan lebih banyak.

Adios, gais!


Jumaat, 1 Julai 2016

Ulasan Ringkas: Komik Pelempang Realiti


Komik ni aku baca dan habiskan dalam masa kurang dari satu jam iaitu lepas sahur habis pada bulan Ramadhon 2016. Kisah dalam komik ni ialah pengalaman penulis (dan rakan-rakannya) melawat ke negara-negara Asia Tenggara dan kejadian-kejadian menarik yang berlaku sepanjang perjalanannya yang telah meninggalkan kenangan manis pada dirinya secara peribadi.

Gambar ditangkap pada hari-hari terakhir di rumah sewa Taman Bestari.

Ok yang pertama sekali pasal komik ni ialah jalan cerita yang dibawakan tu memang kena dengan tajuk komik ni. Bacaaan aku lancar dan aku rasa takda satu muka surat pun dalam komik ni yang membuatkan aku boring atau buat aku rasa meh...Penulis berjaya menceritakan pengalamannya yang nampak macam hanya kejadian biasa tapi penceritaannya berjaya mendekatkan kita dengan impak kejadian tersebut kepada penulis secara peribadi. Komik ni mungkin juga satu cara untuk penulis merakamkan kenangannya dengan rakan-rakan dan juga untuk dinikmati oleh rakan-rakannya sahaja, tetapi susunan cerita dalam komik ni membuatkannya juga mesra untuk bacaan umum.

Dari segi lukisan pula, terus terang aku cakap aku tak berapa berkenan sangat lukisan macam ni sebab aku suka lukisan yang menggambarkan suasana, yang luas, macam landscape photography, dan pemandangan alam, nature. Tapi apa yang aku dapati lukisan penulis(?) berjaya untuk menyampaikan atmosfera semasa kejadian-kejadian lucu dan meh(baca:situasi yang membingungkan) sedang berlaku. Lukisan banyak secara close up dan menumpukan pada karakter namun membantu menyampaikan maksud cerita.

Ok yang terakhir adalah kekuatan komik ini ialah kejadian dan pengalaman penulis yang berjaya diterjemahkan dalam bentuk komik walaupun ringkas namun padat dan berkesan. Penulis berjaya menyampaikan apa yang dia rasa (baca:lempangan realiti) hasil dari kembara yang dilakukan. Apa yang disampaikan aku rasa dapat memberikan kesan kepada pembaca umum dan turut melempang mereka juga dan orang macam aku (baca:tak pernah travel lagi). Realiti di tempat asing yang mengejutkan penulis contohnya seperti masalah pelacuran kanak-kanak sebenarnya adalah isu yang diketengahkan penulis di dalam komik ini. Isu-isu seperti ini secara tidak langsung membuat pembaca berfikir dan memberi kesedaran bahawa ianya berlaku di negara di dalam rantau kita.

Aku rasa macam menarik juga apabila cerita travel disampaikan dalam bentuk komik ni sebab ianya santai,ringkas, padat, kelakar (boleh jadi) dan menghiburkan.

Sebelum terlupa, korang boleh beli komik Pelempang Realiti ni kat sini.

Ok sekian terima kasih kerana membaca ulasan aku. Gerak dulu, apa-apa roger federer.

Isnin, 1 Februari 2016

Ulasan Buku: Love In Penang

Hi semua. 

Harap yang baik-baik sahaja dalam menjalani kehidupan  walaupun tak dapat dinafikan sejak dua menjak ini, semakin ketara banyak cabaran yang melanda negara kita yang terchenta ini.

Apa-apa pun hari ini aku akan review sebuah buku antologi cerpen Love In Penang dari Fixi Novo.

Fuh, susah betul nak ambik gambar ni. Nasib baik aku terer.

Apabila kita membaca atau melihat tajuknya saja—Love In Penang, kita sudah tahu ada dua benda yang akan ada dalam ceritanya, iaitu Love atau dalam Bahasa Melayunya cinta dan Penang atau Pulau Pinang, sebuah negeri di bahagian utara Malaysia.

Ada 18 cerita pendek dengan tema Love In Penang dalam antologi ini dan kesemuanya ditulis di dalam bahasa Inggeris. Editor untuk antologi ini ialah Anna Tan dan buku ini telah diterbitkan oleh Fixi Novo.

Berikut adalah pendapat aku berkenaan dengan cerita-cerita yang terkandung dalam buku ini.


Double-Blind - Zen Cho

Kisah ini tentang lelaki dan perempuan yang jatuh cinta tetapi masing-masing malu nak confess. Intro cerita terlalu perlahan.  Sampai kita dah tahu siapa sebenarnya watak utama, baru cerita laju sikit dan mula menampakkan bentuk cerita. Sebuah cerita yang  simple and sweet.


Amah’s Bicycle - Julya Oui

Seorang nenek menceritakan kisah cinta bagaimana dia dan suaminya bertemu kepada cucunya. Plot yang simple and a bit cliche tapi ditulis dengan baik dan perkembangan cerita yang bagus. Aku terpaksa berhenti beberapa kali sebab rasa macam sedih sangat untuk teruskan. Sebuah cerita yang bagus dengan twist yang menyedihkan. Mulanya aku jangka orang lain yang akan jatuh cinta, tapi sebaliknya.


Happiness - Leroy Luar

Kekuatan cerita ini ialah dialog yang catchy dan bersahaja, seolah kita mendengar kawan baik kita bercerita, mengadu atau melepaskan perasaannya pada kita. Ceritanya very smooth, dan mungkin agak rushing atau dragging di bahagian tengah dan di akhirnya aku mengharapkan akan ada twist, namun twistnya ialah cerita ini tiada twist. Cliche juga kalau semua cerita nak ada twist. Walaupun tak ada twist, cerita ni masih meninggalkan satu perasaan yang janggal dan persoalan-persoalan yang tak terjawab. Sebuah cerita tentang kepelikan yang dicerita secara normal tetapi tetap kekal misteri.


Tingles - Khaliza Khalid

Seorang perempuan berada dalam dilema apabila dia telah disuruh untuk mensabotaj perkahwinan kawan baik dia sendiri pada hari kejadian. Cerita ini ialah cerita terakhir yang aku baca dalam antologi ni. Cerita lain semua aku baca ikut turutan kecuali yang ini. Cerita ni bermula dengan agak mengelirukan. Tapi bila masuk part tengah cerita terus jadi laju. Tempo cerita ni laju, dan buat kita tak sabar nak habiskan bacaan. Endingnya mengejutkan.


When It Rains - Celine Wu Yee Pheng

Ceritanya simple dan klasik. Tentang cinta antara stranger. Ia buat kita tertanya "Adakah berbaloi untuk jatuh cinta kepada seorang yang kita tak kenal langsung?” dan "Adakah wujud cinta pandang pertama?". Cerita ini memang sesuai dengan latar tempat iaitu Penang. Cerita ini ditulis seolah penulis sedang menceritakannya sebagai kisah dongeng yang diceritakan kepada anak kecil untuk menidurkannya. Ayatnya pula ditulis dengan jelas untuk menggerakkan cerita dengan lancar. Sebuah kisah yang sangat sweet dan berbaloi untuk berada dalam antologi ini.


Yana - Nadia Khan

Ceritanya simple. Ianya berkisar seorang budak lelaki ni yang pemalu tapi cuba berusaha untuk mendekati budak perempuan yang dia minat dekat sekolah. Timeline cerita ini jauh-jauh. Penggunaan latar Penang nya simple tetapi menjadi. Penulis tahu untuk menulis cerita yang fun atau sekurang-kurangnya meng'fun'kan  cerita. Dan penulis tahu memberi harapan kepada pembaca dan kemudian merampas semula harapan itu secara tiba-tiba. Agak kejam juga. Plot twist yang cliche tapi menjadi. Cerita berakhir dengan ending yang sedih. Kadang-kadang tak semua kisah cinta dalam dunia berakhir dengan gembira.


Rock ‘N’ Love - Gina Yap Lap Yoong

Pada mulanya aku syak cerita ini akan menjadi cerita yang hambar ketika berada di intronya, tapi end up ianya cerita yang agak page turner jugak. Ceritanya boleh dikatakan membawa vibes yang seakan dengan movie Gone Girl. Ideanya biasa sebenarnya tapi disampaikan dengan baik dan banyak menyentuh realiti kehidupan sebenar. Cerita ini berjaya menyampaikan yang cinta itu tak semua berakhir dengan indah dan di depan semua orang cinta itu nampak sweet tapi di belakang adakah ianya kekal begitu? Sebuah cerita cinta yang sangat pahit dan dekat dengan realiti semasa. Dalam cerita ini mengandungi ibu bapa yang mengongkong, isteri yang kejam, impian seorang lelaki yang tak tercapai, dan piano.


Oil On Canvas - Eeleen Lee

Cerita yang ditulis dengan latar belakang sejarah yang details. Cerita ni mengaitkan cinta dan sejarah dengan baik, kerana Penang memang kaya dengan sejarahnya yang tersendiri, dan cerita ini juga turut menyentuh tentang seni lukisan. Aku tak tahu sama ada fakta sejarah tentang pelukis atau lukisan di dalam cerita ni betul atau rekaan, tapi ianya kedengaran seperti real dan betul-betul wujud. Ayat dalam cerita ini berjaya menyampaikan maksudnya yang tepat dan mudah difahami walaupun ceritanya mempunyai asas yang kompleks. Sebuah cerita yang misteri dengan ending yang lebih misteri dari ceritanya.


Katak - William Tham Wai Liang

Cerita paling drama dan paling panjang sekali aku baca setakat ini mengikut turutan. Diceritakan dari kaca mata seorang traveller yang kerap kali datang ke Penang dan juga suka mengenang nostalgia dan cinta lamanya. Kalau pembaca cerita ini belum pernah berkunjung ke Penang atau tak familiar dengan Penang, mungkin mereka akan suka dengan tulisan penulis yang menggambarkan dengan details tempat-tempat dan suasana di Penang. Cerita ini juga ditulis dengan penuh drama, cumanya semasa baca setakat intro, aku sudah keliru dengan timelinenya. Namun lepas tu, cerita dah ok sikit. Pemilihan tajuk cerita dirasakan kurang bersesuaian. Ending cerita sedih namun memberi harapan. Cerita ni umpama 'Ombak Rindu' (baca: penuh drama) di antara cerita lain dalam koleksi ini.


The Baobab Tree - Shivani Sivagurunathan

Intro cerita ni agak teruk bagi aku. Sampai tengah cerita baru aku dapat tangkap sikit premis cerita yang nak disampaikan. Aku rasa apa yang tak kena dengan cerita ni ialah terlalu banyak benda yang penulis nak masukkan terutamanya kepada watak dan terlalu banyak benda yang dia nak describekan dengan terlalu details. Benda-benda macam ni yang telah mengelirukan pembaca dan menjadikan pemahaman cerita semakin susah. Seterusnya ialah, cerita dia aku rasa terlalu jumpy atau melompat-lompat, sekejap cerita pasal ni, sekejap pasal benda tu. Mula-mula aku baca aku rasa macam tengah baca artikel, kemudian rasa macam baca petikan novel yang tak siap. Premisnya bagus dan tragis aku rasa, dan kalau diperbaiki lagi mungkin cerita ni boleh jadi sedap.


Love Letters - Leon Ka-Min

Seorang lelaki telah menjumpai surat cinta di dalam buku yang dibaca di perpustakaan dan telah melakukan quest untuk mengembalikan surat tu kepada pemiliknya. Cerita ni memang betul-betul sweet, penuh advencer, a good page-turner dan penuh berfalsafah. Ceritanya bermula macam biasa, maksud aku disini kalau penulis kekalkan tone cerita dari mula sampai akhir tu sama saja, cerita ni akan jadi boring. Intronya tak memberasangkan sangat, tapi lepas tu pergerakan cerita sangat bagus. Cerita ni tak bercerita tentang hanya satu kisah cinta, tapi diceritakan tentang makna cinta secara umumnya dengan berfalsafah dan dipenuhi dengan advencer yang mencabar. Walaupun ini hanya cerpen, tapi apa yang disampaikan lebih panjang dan bermakna dari kebanyakan yang lain. Maksudnya cerita ni menyampaikan lebih banyak daripada apa yang cerita ni sepatutnya buat. Perspektif cinta dalam cerita ni memang lain dari yang dibuat oleh cerita-cerita lain dalam Love In Penang. Cerita ni sepatutnya diletak lebih depan dalam susunan cerita dalam koleksi ini, kerana cerita ini betul-betul advancer dan sweet.


Oh Snap! - Mamü Vies

Kisah cinta di antara 2 rakan sekerja yang sedang melakukan suatu kerja yang merbahaya. Cerita ni bergerak pada tempo yang bagus. Premisnya simple dan disampaikan dengan jelas dan mudah difahami. Namun tema cerita ni mungkin tak begitu kuat. Suatu bacaan yang bagus dan menghiburkan. Aku rasakan plotnya semacam cliche sikit.


A Swift Tour - Kris Williamson

Seorang foreigner kembali ke Penang dan telah menjadi tour guide kepada sebuah pasangan dari Amerika. Cerita ni bermula dengan  slow sangat aku rasa tapi still menggerakkan plot cerita. Kemudian cerita ni berjaya membuat kita rasa turut serta dalam 'tour' yang dilakukan oleh watak utamanya. Cerita yang bagus dan ditulis dengan bagus untuk promote dari segi pelancongan di Penang. Last sekali endingnya memang kelakar gila. Hahaha. Sebuah cerita yang buat aku gelak kuat dalam koleksi Love In Penang ni.


At The Bridge - Agnes Ong

Cerita tentang krisis rumah tangga sepasang suami isteri. Cerita paling pendek aku rasa dalam koleksi ni. Intro dia simple, cerita dia simple, hanya satu scene dekat jambatan dan ending dia simple. Tapi walaupun cerita ni simple, belum masuk part tengah lagi aku dah dapat rasa vibe kesedihan dia. Cerita ni memang sedih dan kesedihan ni berjaya disampaikan melalui ayat-ayat dia yang puitis dan bermetafora tapi mudah difahami. Idea untuk cerita ni aku rasa kecil atau sikit saja, tapi penulis berjaya sampaikan dan olah dalam bentuk 2 point of view. Mungkin kalau penulis berlebihan tulis untuk cerita ni, ianya akan jadi spoiled. Idea dah baik dah cerita ni, tapi mungkin penulis boleh buat lebih baik untuk kembangkan lagi cerita tanpa menjejaskan emosi dan maksud yang nak disampaikan.


Runaway - Dayang Noor

Seorang perempuan membawa diri ke Penang kerana kecewa dengan percintaan. Cerita ni very smooth,fun dan ditulis dengan baik tapi cliche. Tapi cerita ni sedap sebab ditulis dengan baik dan mempunyai pace yang baik. Cerita yang tipikal tapi bagus. Aku perasan watak-watak penting dalam cerita ni ada persamaan dengan watak dalam cerpen Bersaksi Kopi, tulisan penulis yang sama dalam Antologi Kopi (Edisi Terhad Fixi).


She, He - PP

Cerita dari mula sampai habis mendatar sahaja. Aku rasa cerita sangat plain, blur, terlalu umum dan mundane. Style penulisan tu dah ada cuma idea untuk cerita rasa macam tak established betul-betul. Harap penulis boleh buat lebih baik dalam karya yang akan datang.


Majestic Heights - Marc de Faoite

Cerita tentang pekerja asing yang jatuh cinta dengan pekerja asing dari negara lain. Cerita ni hanya ada dua watak. Lelaki dan perempuan dan diselang selikan dengan monolog dalaman mereka. Cerita ni walaupun aku rasa ditulis dengan biasa-biasa saja, tapi ada something pasal cerita ni yang menghidupkan cerita ni. A good read.


Name - Fadzlishah Johanabas

Cerita ni pasal sepasang kekasih yang telah diuji cinta mereka oleh suatu kejadian yang tak disangka. Cerita ni ditulis dengan baik tetapi mempunyai plot tipikal drama melayu dekat tv. Walaupun ceritanya cliche dan predictable, penulisannya bagus, ianya memberi feel yang bagus bila kita membacanya dan still boleh enjoy dengan happy ending yang memberi harapan.



Secara keseluruhannya kebanyakan cerita di dalam koleksi ini mempunyai  jalan cerita yang mudah difahami dan menghiburkan. Namun cerita-cerita ini mempunyai persamaan dari segi menterjemahkan maksud love itu dan menjalinkannya ke dalam jalan cerita mereka akan tetapi dalam perspektif yang berbeza. Berikut adalah Top 3 yang terbaik dan yang kurang terbaik pilihan aku.

3 Cerita Terbaik

1. Amah’s Bicycle
2. When It’s Rain
3. A Swift Tour

3 Cerita Kurang Terbaik

1. The Baobab Tree
2. She, He
3. Katak

Buku ini wajib dimiliki oleh pembaca (terutamanya pembaca dari Malaysia) yang suka baca cerita berkenaan cinta, romantik, perhubungan manusia, harapan dan of course, Pulau Pinang. Campuran ceritanya memberitahu kita bahawa ada pelbagai jenis kisah cinta dalam dunia ni dengan jalan cerita yang berbeza, watak yang beraneka ragam dan ending yang tidak disangka-sangka. Ataupun sama ada anda nak mengenali dengan lebih lanjut tentang Pulau Pinang atau tentang cinta, juga buku ini sesuai untuk anda.

Untuk membeli buku ini klik pautan di bawah:


Akhir kata, kepada yang menulis teruskan menulis cerita yang lebih bagus dan kepada yang membaca teruskan membaca dengan lebih banyak.

Adios, gais!