Hikayat Amir Dan Zam – Mikael Sahaja 3.9/5
Cerpen ni bercerita tentang dua orang sahabat yang loser dalam konteks percintaan. Seorang penakut dan seorang lagi terlebih yakin. Jalan cerita cerpen ni biasa saja, tapi penulis dapat menyampaikannya dengan dos kelakar yang dijamin akan menggeletek perut korang. Jadi, pergi baca cepat-cepat dekat sana.
Sesi Bertemu Raksasa Dalam Diri – Syahmi Fadzil 4.1/5
Bila baca cerita ni aku asyik teringatkan tentang murakami, filem studio ghibli, ridhwan saidi dan seorang pencerita yang bercerita dengan keadaan yang sangat tenang dan bersahaja seperti di perpustakaan yang sunyi tapi kata-katanya thought provoking. Rasanya cerpen ni boleh kot masuk dalam cerpen terbaik tahunan. Kalau ko nak tahu macam mana sedap dia pergi, ko kena baca sendiri dan ko akan fikir macam mana brader ni tulis dengan bahasa yang ringkas tapi power?
Gagal Untuk Gagal – Injangnation 3/5
Cerpen ni bagi aku bersifat anti-realiti maksudnya dalam dunia cerpen ni apa yang berlaku berlawanan dengan apa yang ada di realiti. Sebab tu sepanjang bacanya, ada sikit rasa weirdness semacam dan aku cakap, “Oh, what an opposite world.” Dalam cerpen ni, semua orang lebih prefer menjadi gagal dan mereka mengejar untuk gagal bukan untuk jadi berjaya. Premisnya menarik dan tulisannya ok saja dan cerpen ni suatu naskah yang menarik untuk dibaca.
Kecundang Perang – Hazalas Hamidon 4.5/5
Feh mantap beb cerita ni. Apa yang buat aku teruja ialah bahasanya yang berima maksudnya di hujung setiap ayat berbunyi sama macam pantun. Dari segi content mula-mula aku ingat ni cerita gaya klasik biasa yang macam boring ja tapi bila aku dapat detect nama watak yang digunakan baru aku perasan isu yang dibawakan relevan dengan situasi semasa. Penulis menyelindungkan kritikan sosialnya dalam plot cerita dan ianya berhasil. Perkataan yang tepat untuk menggambarkan cerpen ini ialah alegori. Cubalah baca sendiri dan tengok kau boleh teka atau tak cerita ni sebenarnya pasal apa. Cerpen ni aku baca akhir sekali sebab aku tengok cerpen ni macam panjang mula-mula dan bahasanya agak klasik. Mungkin macam boring. Ternyata aku salah.
Janji Temu Jamal- Dimadimana 2.8/5
Cerpen ni boleh tahan kelakar tapi gaya kelakar tu diulang berkali-kali yang menyebabkannya jadi kurang efektif. Cerpen ni memang bergantung pada penulisan yang kelakar kerana jalan ceritanya biasa saja dan membuatkan aku terkenang akan komik satu muka lawak antarabangsa dalam majalah ujang/apo. Apa-apa pun ianya percubaan yang bagus dan simple.
Mereka Kata Aku Gagalis, Kerana Masih Menulis Bait-Bait Cinta Yang Kau Kalis – Syed Hafeez 2.2/5
Kemain gempak tajuk yang ni. Tapi penulis ibarat nak bangun dari kerusi dan mengelilingi restoran tapi dia terlalu fokus nak cerita juga apa yang berlaku dekat atas meja. Aku rasa dia patut terbalikkan meja tu dan meja-meja lain juga dan berlari keluar restoran. Lagi satu ialah penggunaan ayat yang berulang. Sebenarnya sesebuah cerpen tu satu bentuk penyampaian yang pendek dan pembaca expect surprise dalam cerita. Pengunaan ayat English yang berulang juga menganggu cerita dan sebagai cadangan, ayat English guna dalam dialog dan bukan explanation. Lastly, ending cerita. Harap penulis dah tak buat ending macam ni lagi di masa depan. Sebenarnya content cerita memang cliche tahap kedai mamak, tapi kalau penulis bagi effort yang lebih, mungkin cerita akan lebih okay.
Adik – Shasharyzal 3.4/5
Cerpen ni simple dan bahasanya juga mudah. Ideanya bagi aku mungkin bersifat personal. Aku menjangkakan akan ada twist di akhirnya namun nggak semudah itu, kata penulis. Penulis kekal dengan ideanya sehingga akhir cerita dan memberikan cerpen ini originalitinya tersendiri. Dan mungkin juga sebenarnya boleh dikatakan yang watak utamanya juga mempunyai masalah jiwa.
Intan Payung – Hilmi Loma 3.7/5
Mengisahkan tentang hubungan seorang anak dan ibunya. Jalan cerita cerpen ni ok la tapi gaya penulisannya yang berjaya menyampaikan emosi yang sebenar. Aku dapat detect dua isi tentang kegagalan yang dibawakan penulis. Satu kegagalan seorang anak dalam kerjayanya dan kedua kegagalan seorang ibu membesarkan anaknya. Petik sikit ayat yang padu daripada cerpen ini:
“Kalau mak sendiri yang redha apa yang Myr buat, apa hak Tuhan nak halang semua ini?”
Impian Orang Gagal – Melizah Akem 4/5
Sedap betul bahasa cerpen ni. Seolah aku sedang mendengar suara lembut seseorang yang sedang bercerita terus kepadaku. Aku juga rasa macam bahasa dalam cerpen ni berbunyi seperti naskah terjemahan, kemungkinan dari bahasa inggeris. Dan juga setiap ayatnya berbunyi puitis, sungguh lembut dan tenang. Ceritanya juga tidak terlalu mengawal pembaca atau terlalu didaktik, tetapi ia mengalir seperti anak sungai di dalam hutan. Cilakak, aku tulis reviu ni pun dah macam nak tulis puisi.
Zainuddin Abu Menghadiri Temuduga – Abdul Fattah 3.3/5
Cerpen ni punya dialog menggunakan loghat Nogori, yang mana aku rasa first time aku baca sebuah cerita yang menggunakan loghat tersebut dalam dialognya. Ini menjadikan cerita ni unik dan ada nilai tambah yang lebih. Ceritanya biasa saja bagi aku dan predictable. Tapi ada satu lawak yang berunsur kekampungan yang menjadi dan buat aku gelak. Seperti tajuknya, cerpen ni tentang seorang budak kampung di Nogori yang ke KL untuk temuduga kerja. Dan adakah dia berjaya temuduga itu atau ada sesuatu yang lain berlaku? Sama-sama kita saksikan.
Seorang Papan – Malyaghazali 2.3/5
Cerpen ni bagi aku meleret-leret dan ayat-ayatnya bernada flat maksudnya ia tidak menimbulkan rasa ingin tahu untuk mengetahui apa yang berlaku selepas itu. Satu lagi ialah point-point cerita dalam cerpen ni tidak membentuk sesuatu dan ianya seoalah-olah berterabur. Kekuatan cerpen ni ialah rincinya tentang gaya hidup marhaen masa kini. Kemungkinannya, penulis masih keliru dengan idea dan suaranya di dalam cerita. Tetapi percubaannya harus dipuji dan diharap akan ada lagi karyanya di masa akan datang.
Lelaki Bujang Yang Berbulan Madu Di Budapest – Anas Mohd 4.3/5
Enak betul tulisan brader ni. Mungkin cerita ni diletak akhir dalam buku ni sebab lepas baca aku rasa nyaman dan ibarat satu rasa yang melepaskan. Acewah. Kisah ni tentang kisah seorang brader yang pergi belajar ke luar negeri dan pengalamannya di sana. Aku suka cara tulisannya. Ayat-ayatnya jelas dan rileks. Penulis mengangkut kita ke dalam pengalamannya. Ya cerita ni menyamankan jadi bacalah.
//////////
Secara konklusi, buku ni menyajikan idea-idea tentang kegagalan iaitu dalam konteks cinta, kekeluargaan, kerjaya, perkahwinan, pembelajaran, kehidupan dan kemanusian. Isu-isu ini diterjemahkan ke dalam bentuk cerita yang santai dan seronok dijamah ibarat cikedis.
Dapatkan buku ini di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan