Rabu, 13 Januari 2016

Ulasan Ringkas: Komik Taubat Si Tanggang

Hai semua. Tengah buat apa tu? Harap-harap dalam keadaan yang baik selalu.

Kali ini aku nak mengulas tentang komik pulak. Komik bertuah ini bertajuk Taubat Si Tanggang daripada syarikat Komik Maple. *tepuk sikit*

Benda first yang ketara pasal fizikal komik ni ialah saiz dia yang besar gila gedabak. Hehe, sebenarnya aku tak pernah pegang lagi komik sebesar ni sebab tu lah macam teruja sikit bila first time beli. Kemudian, kertas komik ni lembut dan nipis, dah macam majalah sekolah pun ada aku tengok. Cetakan dan colournya cantik. Mungkin bila kita pandang sekali imbas, komik ni nampak macam nipis, tapi awas, bila dah mula baca, baru kita akan sedar dan rasa 'ketebalannya'.

Gambar tangkap sendiri dalam bilik. Yeay!


Ok. Dari segi penceritaan komik ni memang terbaik. Aku sebenarnya beli komik ni sebab aku memang minat dengan genre dongeng atau fantasi. Dalam karya cetak tempatan pada hari ini, memang jarang kita nak jumpa genre macam ni. Aku rasa genre macam ni memang sangat dekat dengan medium komik, dan cerita genre ini dapat disampaikan dengan kuat dan jelas macam yang telah dilakukan oleh Taubat Si Tanggang.

Ada unsur kelakar yang banyak di sepanjang komik ni dan jalan ceritanya memang ditulis dengan sedap. Penulis berjaya mengaitkan cerita-cerita dongeng Malaysia dengan bijak, dan menjadikannya fun.

Komik ini memang sesuai sangat direkemenkan untuk bagi budak-budak baca terutamanya untuk budak sekolah rendah. Ceritanya mudah difahami, banyak nilai murni dan sangat kids-friendly (aku rasa). Kalau ada orang tanya aku untuk rekemen komik untuk budak-budak, komik ni akan menjadi yang first aku sebut.

Ok. Sinopsis cerita komik ni berbunyi lebih kurang macam ni. 

Cerita bermula bila Si Tanggang yang telah lama menjadi batu dan terdampar di dasar laut naik semula ke darat pada suatu hari. Pada mulanya Si Tanggang ni tak boleh bercakap dan mempunyai fizikal yang penuh batu (besar gedabak macam The Thing dari Fantastic Four). Kemudian dia berjumpa dengan Si Luncai dan Sang Kancil lalu mereka mengembara bersama. Di dalam cerita ini, bila Si Tanggang tolong orang lain dan melakukan kebaikan, sumpahan pada dirinya akan hilang sedikit demi sedikit dan mengembalikan dirinya kepada asal. Antara watak dongeng lain yang mereka jumpa dalam pengembaraan ialah Badang dan watak dari cerita Batu Belah Batu Bertangkup. Mashup dan twist dalam penceritaan komik ni memang smooth dan menjadi bagi aku. 

Kemudian ending komik ni memang dibuat dengan potensi untuk sambungan yang seterusnya. Harap sambungan komik ni keluar cepat dengan cerita yang lebih mantap. 

Kalau korang nak tahu macam mana Si Tanggang, Si Luncai dan Sang Kancil bertemu watak Badang dan watak-watak dari cerita dongeng Batu Belah Batu Bertangkup, apa jadi selepas itu dalam perjalanan mereka dan macam mana ending komik ni, korang kenalah beli komik ni ye dok?

Aku beli komik ni dekat Kedai Buku 1 Malaysia btw. Jadi, sampai situ ja lah review aku kali ini.

Beli komik ni dekat link di bawah.




Adios, gais!





Isnin, 11 Januari 2016

Ulasan pendek novel Stereo Genmai (dengan spoiler)


(Ulasan ini telah diterbitkan sebelum ini di blog nota kecil.)


Ehem

Jadi hari ini aku nak ulas sikit tentang bacaan yang telah aku tamatkan 2-3 hari yang lepas. Entah mengapa aku asyik terfikirkan tentang cara terbaik untuk mengulas buku ini, semasa dalam proses bacaan buku ini, namun akhirnya fikiran-fikiran itu melayang-layang, umpama ter-delayed seketika.




Sebenarnya dah lama aku ushar je novel ni masa cover dia mula-mula keluar hari tu. Tapi aku tunggu dulu dan akhirnya novel ini sampai jugak ke tangan aku melalui pos. Macam biasa, selalunya cover novel dari Moka Mocha Ink ni mesti menggambarkan sedikit isi cerita di dalamnya.

Ok.

Sebenarnya cerita nya agak simple. Tapi macam biasa dalam simple tu lah tersembunyi cerita yang lebih komplex dari cerita yang simple tu. Jadi ceritanya bermula dengan sepasang kekasih yang pergi menonton wayang. Kemudian si perempuan hilang, dan si lelaki mulalah mencari kembali kekasihnya.

Mula-mula aku rasa cerita ni, untuk bahagian permulaan dilatari dengan latar konsumerisme. Aku tak tau macam mana nak explain benda ni, tapi aku rasa ianya ada kaitan dengan panggung tempat menonton wayang dan restoran sushi makanan jepun. Dan aku rasakan melalui gabungan dua elemen inilah novel ini mendapat nama, iaitu stereo yang merujuk kepada teknologi bunyi di dalam panggung wayang gambar (pawagam) dan genmai, adaptasi teh genmai, sejenis minuman jepun.

Kemudian kita disajikan dengan kepelbagaian prosa dan naratif apabila memasuki pertukaran fasa intro dan tengah (seingat aku lah) dan di fasa tengah juga, dengan chat twitter, pelan susur atur pawagam, sebuah cerpen sindiran (kalau dalam Amerika ada skrip teater pendek) dan nota penulis di tengah-tengah novel. Aku kira ini semua seperti penulis cuba menghilangkan kebosanannya menulis.

Sehinggalah kita di bawa ke fasa akhir novel, di mana kita tahu, penulis hanyalah ingin meluahkan dan menggambarkan hubungan dan kaitan di antara penulis dan watak ciptaannya. Dia nak kita rasa dan dia telah meletakkan kita di dalam 'kekeliruan' hubungan ini. Kekeliruan di sini, maksud saya bagaimana penulis telah mengelirukan pembaca dengan cerita yang berulang-ulang, ibarat efek distorted pada imej pegun dan bunyi gitar current.

Di sini aku mula merasakan bahawa cerita yang sedang aku baca ini, sedikit sebanyak based-nya seperti filem Tron: Legacy dimana pencipta game arked masuk ke dalam gamenya, dan dikhianati oleh watak ciptaannya. Cuma untuk Stereo Genmai, ianya dari perspektif seorang novelis dan watak ciptaannya.

Ah.

Seperti biasa, ending cerita ni kelihatan seperti sedikit terburu-buru, aku kira ini trademark Moka Mocha Ink, dimana semuanya (perkaitan didalam Stereo Genmai) ibarat disimpulkan dengan ketat dan penulis kemudian menggunting simpulan ini.

Jadi ini lah sedikit review dari aku, di mana aku cuba untuk tidak menyelak kembali Stereo Genmai hanya untuk tulis review ini, tetapi berdasarkan apa yang aku rasa dan ingat dan hadam dan dan dan kesimpulan yang aku dapat.

Jadi aku harap tiada pihak yang berkecil hati ya hehe. Sekian saja rasanya dari aku.

Di bawah adalah link untuk membeli buku ini.

https://www.facebook.com/MokaMochaInk

http://fixi.com.my/produk/stereogenmai

Sampai jumpa!

Sabtu, 9 Januari 2016

Ulasan Pantas : Rokok Nan Sebatang

(Ulasan ini telah diterbitkan sebelum ini di blog nota kecil.)


Salam sejahtera, semua.

Kalau nak diikutkan, novel ini dikatakan penutup trilogi kisah hidup Wan dari Lelaki Eksistensial dan Diorama Eksisten.Tetapi pada aku, novel ini lebih berjaya sebagai stand-alone novel, berbanding sebagai novel penutup.Kekecewaan ini boleh aku samakan dengan kekecewaan terhadap filem penutup trilogi Zombi Kg. Pisang iaitu Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.Setelah penat kita baca dan tonton sekian lama, akhirnya kita tidak mendapat sesuatu yang sepatutnya (bagi aku lah).

Novel ini aku rasa agak santai berbanding novel-novel Nami yang lain.Tetapi editing novel ini sangat sucks bagi aku, seriously.Itu belum masuk dengan kavernya lagi depan-belakang.Tapi semua tu aku tolak ke tepi.Aku pedulikan.

Pada permulaan novel ini aku agak keliru dengan perspektif penceritaannya, rupa-rupanya 'Aku' di dalam novel ini bukan lagi Wan tetapi Romi, mamat jual insurans.Jadi kita melihat watak Wan dari satu sudut yang berlainan, yang bagi aku agak janggal.


Dari mula sehingga ke tengah novel ini, menceritakan tentang perjalanan mereka mengembara mencari makna wujudiah diri (bagi Wan), makanan sedap (bagi Romi), sehinggalah bertemu pakcik Azmi,Rudi, dan Bunga Ramona.

Sehingga ke Johor, barulah continuity kisah hidup Wan dikembangkan apabila mereka bertemu Puspa.Selepas itu di Singapore, Wan bertemu isterinya semula Lin, dan Datuk yang tak salah aku ialah ayah kepada skandal hijabster Wan.

Bagaimanapun, ending cerita ini amat bagus dan sedar tak sedar aku menyukainya.Tetapi ending kisah Wan tidak di'ending'kan disini.Dan juga ending novel ini nampak seperti agak rushing sebenarnya.Apa-apa pun aku suka novel ini sebagai novel stand-alone.Gambar makanan punyalah banyak dalam novel ini.Aku beli novel ni cetakan pertama, dan aku harap untuk cetakan seterusnya editing novel ini diimprove (walaupun aku tahu mereka memang akan buat begitu).

Jadi aku rasa itu saja.

Di bawah ada link untuk beli novel ini. Jenguk-jenguklah kalau berminat.

https://lejen.my/produk/rokoknansebatang

http://fixi.com.my/produk/rokoknansebatang


Fin.

Jumaat, 1 Januari 2016

Mula.

Hye semua!