Rabu, 13 Januari 2016

Ulasan Ringkas: Komik Taubat Si Tanggang

Hai semua. Tengah buat apa tu? Harap-harap dalam keadaan yang baik selalu.

Kali ini aku nak mengulas tentang komik pulak. Komik bertuah ini bertajuk Taubat Si Tanggang daripada syarikat Komik Maple. *tepuk sikit*

Benda first yang ketara pasal fizikal komik ni ialah saiz dia yang besar gila gedabak. Hehe, sebenarnya aku tak pernah pegang lagi komik sebesar ni sebab tu lah macam teruja sikit bila first time beli. Kemudian, kertas komik ni lembut dan nipis, dah macam majalah sekolah pun ada aku tengok. Cetakan dan colournya cantik. Mungkin bila kita pandang sekali imbas, komik ni nampak macam nipis, tapi awas, bila dah mula baca, baru kita akan sedar dan rasa 'ketebalannya'.

Gambar tangkap sendiri dalam bilik. Yeay!


Ok. Dari segi penceritaan komik ni memang terbaik. Aku sebenarnya beli komik ni sebab aku memang minat dengan genre dongeng atau fantasi. Dalam karya cetak tempatan pada hari ini, memang jarang kita nak jumpa genre macam ni. Aku rasa genre macam ni memang sangat dekat dengan medium komik, dan cerita genre ini dapat disampaikan dengan kuat dan jelas macam yang telah dilakukan oleh Taubat Si Tanggang.

Ada unsur kelakar yang banyak di sepanjang komik ni dan jalan ceritanya memang ditulis dengan sedap. Penulis berjaya mengaitkan cerita-cerita dongeng Malaysia dengan bijak, dan menjadikannya fun.

Komik ini memang sesuai sangat direkemenkan untuk bagi budak-budak baca terutamanya untuk budak sekolah rendah. Ceritanya mudah difahami, banyak nilai murni dan sangat kids-friendly (aku rasa). Kalau ada orang tanya aku untuk rekemen komik untuk budak-budak, komik ni akan menjadi yang first aku sebut.

Ok. Sinopsis cerita komik ni berbunyi lebih kurang macam ni. 

Cerita bermula bila Si Tanggang yang telah lama menjadi batu dan terdampar di dasar laut naik semula ke darat pada suatu hari. Pada mulanya Si Tanggang ni tak boleh bercakap dan mempunyai fizikal yang penuh batu (besar gedabak macam The Thing dari Fantastic Four). Kemudian dia berjumpa dengan Si Luncai dan Sang Kancil lalu mereka mengembara bersama. Di dalam cerita ini, bila Si Tanggang tolong orang lain dan melakukan kebaikan, sumpahan pada dirinya akan hilang sedikit demi sedikit dan mengembalikan dirinya kepada asal. Antara watak dongeng lain yang mereka jumpa dalam pengembaraan ialah Badang dan watak dari cerita Batu Belah Batu Bertangkup. Mashup dan twist dalam penceritaan komik ni memang smooth dan menjadi bagi aku. 

Kemudian ending komik ni memang dibuat dengan potensi untuk sambungan yang seterusnya. Harap sambungan komik ni keluar cepat dengan cerita yang lebih mantap. 

Kalau korang nak tahu macam mana Si Tanggang, Si Luncai dan Sang Kancil bertemu watak Badang dan watak-watak dari cerita dongeng Batu Belah Batu Bertangkup, apa jadi selepas itu dalam perjalanan mereka dan macam mana ending komik ni, korang kenalah beli komik ni ye dok?

Aku beli komik ni dekat Kedai Buku 1 Malaysia btw. Jadi, sampai situ ja lah review aku kali ini.

Beli komik ni dekat link di bawah.




Adios, gais!