Isnin, 11 Januari 2016

Ulasan pendek novel Stereo Genmai (dengan spoiler)


(Ulasan ini telah diterbitkan sebelum ini di blog nota kecil.)


Ehem

Jadi hari ini aku nak ulas sikit tentang bacaan yang telah aku tamatkan 2-3 hari yang lepas. Entah mengapa aku asyik terfikirkan tentang cara terbaik untuk mengulas buku ini, semasa dalam proses bacaan buku ini, namun akhirnya fikiran-fikiran itu melayang-layang, umpama ter-delayed seketika.




Sebenarnya dah lama aku ushar je novel ni masa cover dia mula-mula keluar hari tu. Tapi aku tunggu dulu dan akhirnya novel ini sampai jugak ke tangan aku melalui pos. Macam biasa, selalunya cover novel dari Moka Mocha Ink ni mesti menggambarkan sedikit isi cerita di dalamnya.

Ok.

Sebenarnya cerita nya agak simple. Tapi macam biasa dalam simple tu lah tersembunyi cerita yang lebih komplex dari cerita yang simple tu. Jadi ceritanya bermula dengan sepasang kekasih yang pergi menonton wayang. Kemudian si perempuan hilang, dan si lelaki mulalah mencari kembali kekasihnya.

Mula-mula aku rasa cerita ni, untuk bahagian permulaan dilatari dengan latar konsumerisme. Aku tak tau macam mana nak explain benda ni, tapi aku rasa ianya ada kaitan dengan panggung tempat menonton wayang dan restoran sushi makanan jepun. Dan aku rasakan melalui gabungan dua elemen inilah novel ini mendapat nama, iaitu stereo yang merujuk kepada teknologi bunyi di dalam panggung wayang gambar (pawagam) dan genmai, adaptasi teh genmai, sejenis minuman jepun.

Kemudian kita disajikan dengan kepelbagaian prosa dan naratif apabila memasuki pertukaran fasa intro dan tengah (seingat aku lah) dan di fasa tengah juga, dengan chat twitter, pelan susur atur pawagam, sebuah cerpen sindiran (kalau dalam Amerika ada skrip teater pendek) dan nota penulis di tengah-tengah novel. Aku kira ini semua seperti penulis cuba menghilangkan kebosanannya menulis.

Sehinggalah kita di bawa ke fasa akhir novel, di mana kita tahu, penulis hanyalah ingin meluahkan dan menggambarkan hubungan dan kaitan di antara penulis dan watak ciptaannya. Dia nak kita rasa dan dia telah meletakkan kita di dalam 'kekeliruan' hubungan ini. Kekeliruan di sini, maksud saya bagaimana penulis telah mengelirukan pembaca dengan cerita yang berulang-ulang, ibarat efek distorted pada imej pegun dan bunyi gitar current.

Di sini aku mula merasakan bahawa cerita yang sedang aku baca ini, sedikit sebanyak based-nya seperti filem Tron: Legacy dimana pencipta game arked masuk ke dalam gamenya, dan dikhianati oleh watak ciptaannya. Cuma untuk Stereo Genmai, ianya dari perspektif seorang novelis dan watak ciptaannya.

Ah.

Seperti biasa, ending cerita ni kelihatan seperti sedikit terburu-buru, aku kira ini trademark Moka Mocha Ink, dimana semuanya (perkaitan didalam Stereo Genmai) ibarat disimpulkan dengan ketat dan penulis kemudian menggunting simpulan ini.

Jadi ini lah sedikit review dari aku, di mana aku cuba untuk tidak menyelak kembali Stereo Genmai hanya untuk tulis review ini, tetapi berdasarkan apa yang aku rasa dan ingat dan hadam dan dan dan kesimpulan yang aku dapat.

Jadi aku harap tiada pihak yang berkecil hati ya hehe. Sekian saja rasanya dari aku.

Di bawah adalah link untuk membeli buku ini.

https://www.facebook.com/MokaMochaInk

http://fixi.com.my/produk/stereogenmai

Sampai jumpa!